Monday, December 3, 2007

Aku HambaNya....

Tidak dapat tidak sebagai maklukNya kekadang alpa menilik diri,kekadang lupa menyemak peribadi, yang dengan sendirinya menunjukkan kelemahan diri sebagai insani...
Yang dengan sendirinya men-
yedarkan kejahilan peribadi sebagai manusiawi lantaran bergelut dengan pelbagai aktiviti yang mengalas setiap hari...
Dengan tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2007 Selamat tinggal Tahun 2007...moga yang baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan...

Selamat datang Tahun 2008...moga ALLAH s.w.t sentiasa meredhai diri ini dalam menempuh ujian-Nya.moga diri lebih cekal mendepani duga hidup,moga ada kuntuman bunga mekar dihati dalammengharungi perjalanan yang pantas,moga ALLAH memudahkan segala urusan...
Ameen...


Sunday, December 2, 2007

Maha Suci ALLAH...


Andai setiap kali mentari tenggelam diufuk barat,dan terbit semula diufuk timur,pastinya ada sesuatu yang menyentuh rasa,yang menyaksikan pertukaran siang dan malam.
Yang mengingatkan manusia kepantasan waktu yang berlalu,yang menandakan kebesaran-Nya yang Maha Agung....
Dan setiap kali munculnya fajar baru di balik celah tingkap,dan mampirnya cahaya pagiyang menerangi bumi,pastinya ada sesuatu yang menyirnakan hati yang membenihkan keinsafan
Yang membuktikan perjalanan kehidupan ini berpaksikan putaran yang telah ditentukan olehYang Maha Khaliq.....Maha Suci Allah...

Saturday, December 1, 2007


Tidak lagi kudengar suara azan..
Tidak lagi kudengar bunyi burung..
Tidak lagi kurasa sejuk air dikali...
KINI...
Yang aku dengar deruman kereta..
Yang kudengar hanya gonggongan anjing..
Hanya sejuk angin yang bertiup ...
Meresap ketulang hitam...
Kubertanya kepada diri,
Bolehkah aku hidup dibumi asing ini?
Kerana segala-galanya bermula di sini...
Masyarakat?...
Ahh...sudah tiada maruah dan lupa diri...
Makanan?...
Ahhh...tidak tentu halal haramnya
Budaya?....
Ahh...sudah kembali kealam jahiliyah dan boleh mengugat keimanan...
TAPI...
Bumi asing ini milik ALLAH s.w.t..
Tidak mustahil untuk diidami..
Yang penting..
Mengharapkan keredhaan-Nya...
Mengingatinya ketika susah dan senang...
Tidak lupa siapa diri kita..
Tanggungjawab kita..
Matlamat utama kita...
Agar perjalanan hidup kita..
Tidak lari dari landasannya...
TEMAN...
Madu dan racun didepan mata...
Pilihlah...
Agar di dunia akhirat merasa bahagia..........AMIN...

Sunday, November 25, 2007

Hakikat...Cinta...


Adapun kecintaan kita kepada anak dan isteri serta keluarga adalah hasil cinta kita kepada ALLAH S.W.T sebagai amanat daripadaNya.
Orangyang menghubungkan dirinya dengan cinta ALLAH S.W.T,maka orang itu mempunyai peribadi yang paling kukuh,peribadi yang paling besar CINTA kita hendaklah didasarkan kepada cinta ALLAH S.W.T.Baik cinta kita kepada anak isteri dan sebagai nya.
Kerana kalau kita cinta kepada ALLAH TAALA kemudian kita menikahinya,maka segala pekerjaan yang kita kerjakandengan pasangan hidup kita itu akan dihitung ibadah...
Alhamdulillah...syukur akhirnya dapat juga disiapkan ....moga artikel ini dapat dijadikan peringatan bagi ana utamanya....

Saturday, October 27, 2007

Sibuk... sibuk...sibuk....



Salam kemaafan dihari lebaran...
Maaf... maaf...maaf...zahir &batin .
Maaf banyak2 sebab sudah lama sangat tidak mencoretkan sesuatu di laman blog ana ini.janji nak siapkan tajuk Cinta Hakiki Insya-Allah,akan disiapkan juga tapi ana tidak berani nak janji .
Umpama rimbunan pokok, begitulah keadaan sibuknya ana dalam 'fatrah' hampir Imtihan&perjuagan dalam menegakkan Agama Ilahi...

Sunday, August 19, 2007

Hakikat Cinta Siri 2...

Bertemu sekali lagi dalam...hakikat cinta sambungan siri pertama...
Ramai pemuda yang memahami pengertian ini.Dia mengharap menerima sesuatu dari cinta itu,padahal seharusanya diayang memberi kalau sebenar-benarnya ia cinta.

Kalau kita sudah merasakan nikmat memberikan sesuatu kepada seseorang tandanya sudah ada hubungan cinta kita dengannya:cth sahabat karib kita.

Mencintai seseorang haruslah sanggup dan bersedia berkorban terlebih dahulu dan beerti harus mengurangi apa yang kita miliki. Kerana itu,manusia tidak mungkin mempunyai cinta yang murni.

Akan tetapi Allah tdk pernah merasa rugi dgn memberi terus-menerus kpd kita dan seluruh makhluk-Nya.Justeru,itulah cinta yang murni hanya akan dapat diperolehi dari Allah S.W.T.Kalau cinta Allah kita gambarkan sebagai cahaya,maka tingkatan manusia yang paling tinggi ialah bila hatinya seperti cermin yang membiaskan seluruh cahaya yang datangnya dari cahaya cinta Allah yang dipancarkan kepadanya.

Firman Allah:"Mereka itu dicintai Allah,kerana mereka cinta kepada-Nya".
(Al-Mai'dah:ayat 54)

Cinta yang merupakan bukti daripada kecintaan kita kpd Allah adalah cinta hakiki atau cinta abadi,yang tidak pernah akan padam kerana sumbernya puntidak pernah padam.Itulah cinta Allah kepada makhluk-Nya...


Insya-Allah,untuk siri ketiga atau akhir nantikan minggu hadapan...

Monday, August 13, 2007

HAKIKAT CINTA.............

SIRI 1...
Untuk renungan diri dan saudara juga saudari serta sahabat-sahabat,
Cinta adalah bagaikan cahaya,kalau cahaya itu telah datang dari sumbernya,maka dia akan menyebar kesegala penjuru dan kesegala arahdengan merata,sebagaimana cahaya matahari...
Allah adalahsumberkasih sayang,sumber segala rasa cinta.
kerana tidak mungkinkita akan hidup tanpa kasih sayang ini,tanpa cinta dan kasih Allah.Bahkan alam semesta ini tidak akan mungkin ada tanpa kasih sayang-nya itu.
Justeru itu Allah,menyatakan dalam Al-Quran bahawa Dialah sumber segala rasa cinta manusia.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Wujud alam ini semata-mata kerana cinta dan kasih kepada-Nya,kerana Nur-Nya.
Tanpa NurAllah,tanpa Kasih-nya alam ini tidak mungkin ada.Satu-satunya sifat yang
mungkin terdorong terciptanya alam iniitilah dia sifat cinta.
Dalampengertian yang hakiki,cinta yang kasih itu ialah keinginanuntuk memberikan,bukan keinginan untuk meminta atau mendapatkan...fikir-fikirkan,bagaimana dengan kita...
Insya-Allah, akan datang bertemu kita dalam mengingati tentang apa hakikat cinta.apa persepsi pemuda terhadap cinta...

Friday, August 3, 2007

Mentari...







Mentari kau bersinar lagi...
Kau terbitkan cahaya seni...
Buatku,hangat membara...
Menyusuk ketulag tulangku...
Lantas kulit ini kering...
Hitam dan berkeluping.
Mentari...
Begitupun aku...
Yang tidak mungkin melupakan...
Janji-janjiku pada Dia...
Dia yang menjanjikan aku hidup.
Sampai bila yang Dia perlukan...
Tapi belum tentu aku...
Menepati janji-janjiku...
Walaupun aku tidak pernah lupa...
Walaupun pastinya aku tidak berdaya...
melaksanakannya.
Tapi adakah aku tetap bersalah...
Hanya Dia yang pasti...
Kerana aku tidak menepati janji...
Tidak seperti engkau mentari...
Esok kau akan bersinar dan bersinar lagi..
Setelah duka malam menantikan hasratmu...
Hasrat untuk melabuhkan jendelamu...
Walaupun kau tlh diperintahkan tidak begitu...
Juga seperti aku.
Aku yang hidup belum pasti...
Belum ada ketentuan...
atau haluan...
Lantas aku diperkatakan...
dan diperhinakan dan...
Hanya dia yang tahu...
Antara kau mentari dan aku.



















Sunday, July 29, 2007

Wednesday, July 25, 2007

Tuhan...

Bilaku
sehingga aku mengerti dan menyedari...
Kau tetap ada menemani...
Walau aku sentiasa melupakanMu...
Walau aku angkuh kpdMu...
Walau diri ini jarang berterima kasih padaMu...
Kau tetap bersamaku...tiap waktu...
Hingga saat ini...hingga hati terasa payah...
Kau bisikkan pada
renung hidup selama nafas ini terhembus...
Terlalu banyakkurniaanMu yg tak terhitung... Byk juga dugaanMu yg tak tertanggung...
Pernah aku rebah...
Mengharap sesuatu yg tak mungkin aku miliki...
kekuatan...
Ptunjuk dikala diri ini rasa kehilangan...
ku,lihat hambaKu...
Menafikan kehadiranMu disisi...
Kau beriku
Lihat rahmatKu padamu...
Lihat kurnia kasih sayangKu padamu

Monday, July 23, 2007

sebut saja murtad itu kafir!!!

pada pandangan saya,murtad ini hanya dibincangkan dikalangan individu dan pertubuhan tertentu yang mempunyai kesedaran...komentarDr.Muhammad Fuad Yeoh Abdullah ketika negara digemparkan dgn kes Nor Aishah Bukhari sekitar 1998,katanya (isu murtad ini)sememangnya agak luar biasa.Kebiasaan org melayu walaupun tdk beramal dgn ajaran Islam namun dia sayang kan Islam.sbb itu scr tradisionalnya,seseorg yg dilahirkan Islam akan marah jika org menuduhnya kafir.mungkin itu crita melayu dulu,ttp era Akademi Fantasia sudah lagi semcm Melayu Pasca Merdeka.Murtad diisytihar,mahkamah dicabar!!!Fikirkanlah!!!...

Monday, June 25, 2007

kebaikan



Kebaikan itu semuanya terhimpun dlm empat perkara:

Percakapan,diam pandang ,gerak...Tiap2 percakapan yang tdk disertai dgn mengingati Allah adalah sia2... Tiap2 diapercakapan yg tdk disertaimemikirkan kebasaran Allah adalah leka...
Tiap2pandangan yg tdk disertai dgn pengambilan iktibar adalah lalai...dan tiap2 gerak yg tdk disertai dgnperhambaan adalah kosong...muhasabahlah bersama2

BERJUANG BERSAMA ISLAM...DLM MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENENTANG KEFASADAN...ALLAHUAKBAR (3kali)





Sunday, June 24, 2007

salam perkenalan


salam perkenalan...ana masih baru dlm alam blog ini.sudilah sahabat2 mejenguk walau sebentar....