Bertemu sekali lagi dalam...hakikat cinta sambungan siri pertama...
Ramai pemuda yang memahami pengertian ini.Dia mengharap menerima sesuatu dari cinta itu,padahal seharusanya diayang memberi kalau sebenar-benarnya ia cinta.
Kalau kita sudah merasakan nikmat memberikan sesuatu kepada seseorang tandanya sudah ada hubungan cinta kita dengannya:cth sahabat karib kita.
Mencintai seseorang haruslah sanggup dan bersedia berkorban terlebih dahulu dan beerti harus mengurangi apa yang kita miliki. Kerana itu,manusia tidak mungkin mempunyai cinta yang murni.
Akan tetapi Allah tdk pernah merasa rugi dgn memberi terus-menerus kpd kita dan seluruh makhluk-Nya.Justeru,itulah cinta yang murni hanya akan dapat diperolehi dari Allah S.W.T.Kalau cinta Allah kita gambarkan sebagai cahaya,maka tingkatan manusia yang paling tinggi ialah bila hatinya seperti cermin yang membiaskan seluruh cahaya yang datangnya dari cahaya cinta Allah yang dipancarkan kepadanya.
Firman Allah:"Mereka itu dicintai Allah,kerana mereka cinta kepada-Nya".
(Al-Mai'dah:ayat 54)
Cinta yang merupakan bukti daripada kecintaan kita kpd Allah adalah cinta hakiki atau cinta abadi,yang tidak pernah akan padam kerana sumbernya puntidak pernah padam.Itulah cinta Allah kepada makhluk-Nya...
Insya-Allah,untuk siri ketiga atau akhir nantikan minggu hadapan...
Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan(menghijab)doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim.
"Manusia Lahir disambut dengan AZAN..Manusia Mati disudahi dengan SOLAT..Betapa singkatnya Masa..Manusia HIDUP antara Azan dan Solat...
Sunday, August 19, 2007
Monday, August 13, 2007
HAKIKAT CINTA.............
SIRI 1...
Untuk renungan diri dan saudara juga saudari serta sahabat-sahabat,
Cinta adalah bagaikan cahaya,kalau cahaya itu telah datang dari sumbernya,maka dia akan menyebar kesegala penjuru dan kesegala arahdengan merata,sebagaimana cahaya matahari...
Allah adalahsumberkasih sayang,sumber segala rasa cinta.
kerana tidak mungkinkita akan hidup tanpa kasih sayang ini,tanpa cinta dan kasih Allah.Bahkan alam semesta ini tidak akan mungkin ada tanpa kasih sayang-nya itu.
Justeru itu Allah,menyatakan dalam Al-Quran bahawa Dialah sumber segala rasa cinta manusia.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Wujud alam ini semata-mata kerana cinta dan kasih kepada-Nya,kerana Nur-Nya.
Tanpa NurAllah,tanpa Kasih-nya alam ini tidak mungkin ada.Satu-satunya sifat yang
mungkin terdorong terciptanya alam iniitilah dia sifat cinta.
Dalampengertian yang hakiki,cinta yang kasih itu ialah keinginanuntuk memberikan,bukan keinginan untuk meminta atau mendapatkan...fikir-fikirkan,bagaimana dengan kita...
Insya-Allah, akan datang bertemu kita dalam mengingati tentang apa hakikat cinta.apa persepsi pemuda terhadap cinta...
Friday, August 3, 2007
Mentari...
Mentari kau bersinar lagi...
Kau terbitkan cahaya seni...
Kau terbitkan cahaya seni...
Buatku,hangat membara...
Menyusuk ketulag tulangku...
Menyusuk ketulag tulangku...
Lantas kulit ini kering...
Hitam dan berkeluping.
Mentari...
Begitupun aku...
Yang tidak mungkin melupakan...
Janji-janjiku pada Dia...
Dia yang menjanjikan aku hidup.
Sampai bila yang Dia perlukan...
Tapi belum tentu aku...
Menepati janji-janjiku...
Walaupun aku tidak pernah lupa...
Walaupun pastinya aku tidak berdaya...
melaksanakannya.
Tapi adakah aku tetap bersalah...
Hanya Dia yang pasti...
Kerana aku tidak menepati janji...
Tidak seperti engkau mentari...
Esok kau akan bersinar dan bersinar lagi..
Setelah duka malam menantikan hasratmu...
Hasrat untuk melabuhkan jendelamu...
Walaupun kau tlh diperintahkan tidak begitu...
Juga seperti aku.
Juga seperti aku.
Aku yang hidup belum pasti...
Belum ada ketentuan...
atau haluan...
Lantas aku diperkatakan...
dan diperhinakan dan...
Hanya dia yang tahu...
Antara kau mentari dan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)