Monday, December 3, 2007

Aku HambaNya....

Tidak dapat tidak sebagai maklukNya kekadang alpa menilik diri,kekadang lupa menyemak peribadi, yang dengan sendirinya menunjukkan kelemahan diri sebagai insani...
Yang dengan sendirinya men-
yedarkan kejahilan peribadi sebagai manusiawi lantaran bergelut dengan pelbagai aktiviti yang mengalas setiap hari...
Dengan tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2007 Selamat tinggal Tahun 2007...moga yang baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan...

Selamat datang Tahun 2008...moga ALLAH s.w.t sentiasa meredhai diri ini dalam menempuh ujian-Nya.moga diri lebih cekal mendepani duga hidup,moga ada kuntuman bunga mekar dihati dalammengharungi perjalanan yang pantas,moga ALLAH memudahkan segala urusan...
Ameen...


Sunday, December 2, 2007

Maha Suci ALLAH...


Andai setiap kali mentari tenggelam diufuk barat,dan terbit semula diufuk timur,pastinya ada sesuatu yang menyentuh rasa,yang menyaksikan pertukaran siang dan malam.
Yang mengingatkan manusia kepantasan waktu yang berlalu,yang menandakan kebesaran-Nya yang Maha Agung....
Dan setiap kali munculnya fajar baru di balik celah tingkap,dan mampirnya cahaya pagiyang menerangi bumi,pastinya ada sesuatu yang menyirnakan hati yang membenihkan keinsafan
Yang membuktikan perjalanan kehidupan ini berpaksikan putaran yang telah ditentukan olehYang Maha Khaliq.....Maha Suci Allah...

Saturday, December 1, 2007


Tidak lagi kudengar suara azan..
Tidak lagi kudengar bunyi burung..
Tidak lagi kurasa sejuk air dikali...
KINI...
Yang aku dengar deruman kereta..
Yang kudengar hanya gonggongan anjing..
Hanya sejuk angin yang bertiup ...
Meresap ketulang hitam...
Kubertanya kepada diri,
Bolehkah aku hidup dibumi asing ini?
Kerana segala-galanya bermula di sini...
Masyarakat?...
Ahh...sudah tiada maruah dan lupa diri...
Makanan?...
Ahhh...tidak tentu halal haramnya
Budaya?....
Ahh...sudah kembali kealam jahiliyah dan boleh mengugat keimanan...
TAPI...
Bumi asing ini milik ALLAH s.w.t..
Tidak mustahil untuk diidami..
Yang penting..
Mengharapkan keredhaan-Nya...
Mengingatinya ketika susah dan senang...
Tidak lupa siapa diri kita..
Tanggungjawab kita..
Matlamat utama kita...
Agar perjalanan hidup kita..
Tidak lari dari landasannya...
TEMAN...
Madu dan racun didepan mata...
Pilihlah...
Agar di dunia akhirat merasa bahagia..........AMIN...