Sunday, October 12, 2008

Muhasabah Bersama ...


Awwalan, fihazal yauum...ana ada masa untuk menulis post ...lebih kurang hampir dua bulan tidak menjenguk teratak yang sudah bersawang dan berhabuk ini...tapi ada yang ingin ana cuit hati kita bersama...

Adakah Bulan Ramadhan yang baru ditinggalkan...betul-betul dikecapi nikmatnya atau hanya umpama angin lalu yang menyapa???
Adakah amalan kita bertambah atau masih kurang,masih ditakuk lama...bagaimana dengan qiamulailku,ibadahku,akhlakku dan aspek yang lain???

Ya Allah, masih adakah ghafarMu? Aku dambakan setitis cuma,setitis ghafar itu sudah cukup ubati luka, setitis itu cukup,umpama salji memadam panas api dosa, setitis itu embun menjalar meratai luka parah ditusuk dosa bila parah aku kecewa apabila sembuh aku lukai lagi dengan bilah-bilah noda dosa. Al-Ghafur, aku tiada daya jatuh dan bangun.Ada tikanya pula aku biarkan jatuh dan tidak mahu bangun... Laa ilaaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Jika benar banyak yang baik dari sebelumnya...Alhamdulillah.Jika tidak, bermunajatlah bertaubatlah bermuhasabahlah wahai diri kerana kita semakin hampir dengan kematian...ajal yang tidak tahu bila...hanya dia Yang Maha Mengetahui...Segalanya...

Sunday, August 17, 2008

TANDA BENAR SYARIAT...

Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya :

1) Benar-benar kenali Allah

2) Benar-benar jaga perintah Allah

3) Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw

4) Selalu berwudhu'

5) Redha menerima qadha dan qadar Allah

6) Yakin dengan janji Allah

7) Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk

8) Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan

9) Rajin dalam beribadah

10) Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah

11) Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda

12) Sedar syaitan musuh utama

-Moga kita tergolong mereka..muhasabah kembali diri kita , jom..Insya Allah

Thursday, August 14, 2008

HARAPAN HANYA PADAMU...



Sejuta harapan …
Yang aku sanjungkan …
Seberkas cahayaMu untuk menerangi jalanku…

Tanpa rahmat ampunanMu..
Tanpa kasih-sayangMu…
Hampa rasa hidupku…

Kuingin bersamaMu..
Dekat selalu denganMu…
Bahagia bersamaMu…

Ya Allah terangilah gelap hitam hatiku…
Ya Allah sucikan lah hati ikhlas untuk Mu…

Friday, August 1, 2008

SALAM ISRA ' MI'RAJ


Salam isra' mi'raj.. moga berlalu tahun-tahun kita memperingati isra' mi'raj makin dekat kecintaan kita pada Allah taala makin bertambah khusyuk kita pada solat sehari semalam kerana pada hari ini solat itu difardhukan...
Moga bertambah hari , bertambah umur, bertambah sayang pada Islam, bertambah amal untuk Allah, bertambah ilmu demi Islam dan bertambah khusyuk, khudu', raja' dan hubb pada Yang Esa...
Bertambah sabar menempuh hari mendatang, bertambah semangat pertahankan ISLAM...
Al-Aqso aku merinduimu.. Salam Isra' Mi'raj!!

Thursday, July 24, 2008

CARILAH ILMU...GALILAH ILMU...


Dari Muadz Bin Jabal berkata, Rasulullah saw pernah bersabda, "Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah ketakutan...
mencarinya merupakan ibadah...
menyebut-nyebutnya merupakan tasbih...
membahaskannya merupakan jihad...
menyampaikannya kepada orang yang layak menerimanya merupakan taqarrub...
kerana ilmu itu tanda halal dan haram dan menara jalan para penghuni syurga...
Ilmu merupakan pendamping di saat ketakutan...
teman saat terasing...
teman bicara apabila berseorangan...
dalil atas kesenangan dan kesusahan...
senjata dalam menghadapi musuh...
hiasan di hadapan teman.
Allah memuliakan banyak kaum dengannya...
lalu menjadikan mereka penggerak dalam kebaikan...
dan jejak mereka apabila dituruti menjadi rujukan."

Saturday, June 21, 2008

Hadapi Kawan Dan Lawan Dengan Wajah Tenang...

Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang

Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:



1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.



2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.



3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.



4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.



5. Jangan bersikap pura-pura.



6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan.




7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.




8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.




9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.



10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.



11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.



12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

TIDUR MENGINGATKAN MATI....

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.


Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat.



Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk memulihkan tenaga.Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.



Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.



Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.






Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.



Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.



Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.




Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.




Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.



Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.





Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.



Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdayakannya. Tiga perkara itu ialah:


i. keinginan untuk makan



ii. keinginan terhadap perempuan


iii. keinginan untuk tidur




Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.


ISLAM SUBUR DI HONGKONG...


HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia.





HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia. Penduduknya yang kira-kira tujuh juta orang menganuti pelbagai agama, namun mereka mengamalkan semangat toleransi, sekali gus memberikan kehidupan yang sejahtera, malah negara semakin berkembang maju.



Di negara itu agama adalah sebahagian daripada ciri kebudayaan. Penduduknya bebas memilih agama kerana jaminan kebebasan beragama sebagai satu hak asasi dilindungi di sisi undang-undang.Justeru, ada penduduknya menganuti Buddha, Tao, Kung fu-Tze, Kristian, Hindu, Sikh, Judai dan tidak ketinggalan Islam walaupun lokasinya jauh dari Timur Tengah.





Setiap kumpulan agama berkenaan mempunyai kemudahan ibadat bagi membolehkan pengikutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing, malah ada di antara mereka terutama yang berpengaruh turut mengasaskan sekolah dan kemudahan sosial.Di negara itu, agama paling berpengaruh ialah Buddha dan Tao, dengan bilangan pengikut paling besar, malah dikatakan ada kira-kira 600 hingga 700 rumah ibadat bagi kumpulan agama terbabit.





Walaupun sudah lama bertapak, Islam masih dianggap agama minoriti dan hari ini dianggarkan 80,000 hingga 90,000 Muslim di negara itu.Generasi pertama penduduk Muslim di negara itu sukar dikesan, tetapi yang ketara masyarakat Islam mula bertapak sejak Hong Kong ditadbir British pada pertengahan kurun ke-19. Tentera British membawa masuk tentera Muslim dari India, malah peniaga beragama Islam turut datang sehingga satu peringkat terbentuk satu masyarakat, membuatkan kerajaan memperuntukkan kawasan bagi pembinaan masjid dan tanah perkuburan.





Dari tahun ke tahun, lebih ramai Muslim memasuki Hong Kong dan menetap di sana termasuk dari kalangan masyarakat Muslim dari tanah besar, China.Oleh itu, hari ini majoriti Muslim di Hong Kong adalah dari etnik Cina, manakala selebihnya bangsa dari Pakistan, India, Timur Tengah, negara dari Afrika, Indonesia dan Malaysia yang bekerja di sana.Di celah pembangunan kota dan kemajmukan penduduknya, masyarakat Islam dapat menjalani kehidupan seperti golongan lain, malah melakukan amal ibadat harian di masjid yang dibangunkan.Masyarakat Islam lazimnya tertumpu di kota utama, seperti Kowloon.





Pada masa ini terdapat empat masjid utama yang cukup terkenal membabitkan Masjid Shelley Street, iaitu masjid tertua, dipercayai dibina pada 1840-an dan dibina semula pada 1915. Kemudian, Pusat Islam dan Masjid Kowloon di Nathan Road yang dibuka pada 1984, Masjid dan Pusat Islam Oi Kwan Road di Wan Cai, dibuka pada September 1981 yang dapat menampung 700 jemaah dan Makam Muslim Cape Collinson yang juga mempunyai sebuah masjid.





Pengurusan masjid dan perkuburan di negara itu diuruskan Badan Pemegang Amanah Dana Masyarakat Islam, yang mentadbir aktiviti keagamaan dan hal ehwal berkaitan masyarakat Islam.Beberapa pertubuhan terbabit dalam jawatankuasa itu seperti Kesatuan Islam Hong Kong, Persekutuan Muslim Pakistan dan India serta Persekutuan Dawoodi Bohra.Di negara itu juga wujud pelbagai pertubuhan Islam yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat seperti bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, malah kepada kanak-kanak tadika.








INFOMasjid dan Pusat Islam Kowloon.Terletak di selekoh Nathan Road dan Haiphong Road berdekatan Kowloon Park, antara masjid tumpuan utama masyarakat Islam. Ia dapat memuatkan sehingga 2,000 jemaah dan digunakan dalam pelbagai kegiatan ibadat dan keagamaan. Dulu, ia dibina untuk kegunaan tentera Muslim dari India oleh tentera British yang berpejabat di Whitfield Barracks, berdekatan Kowloon Park. Masjid itu rosak pada akhir 1970-an dan sebuah masjid baru dibina pada 1984 menggantikan masjid lama.






Reka bentuk bangunan masjid itu adalah hasil sentuhan arkitek I M Kadri. Ia mempunyai kubah dan menara setinggi 11 meter, dihiasai batu marmar, tiga dewan solat dan sebuah dewan serba guna, klinik kesihatan dan perpustakaan. Dewan solat utama di lantai pertama dapat memuatkan sehingga 1,000 jemaah, manakala di tingkat atas dewan solat lebih kecil bagi wanita.

Saturday, June 14, 2008

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah...
Tidak membantah... malah mentaatinya...
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah ...
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara...
Segala amalan dijaga hanya kerana yang Esa...

Hormat pada yang tua ...
Kasih pada yang muda ...
Sayang pada ibu ayah...dan juga keluarga ...
Hidupnya rajin berusaha...
Tidak pernah berputus asa ...
Dialam kehidupan penuh pancaroba ...


Tiada cinta dihatinya hanyalah Cinta Allah ...
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah...
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah ...

Hormat –menghormati sesama insan berbudi ...
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi ...

Itulah diantara sifat anak –anak yang soleh ...


Buat diri dan sahabat... jadilah anak yang soleh dan solehah...

Wednesday, June 11, 2008

Redha Allah dan Redha Ibubapa...

















Adakah anda sudah mendapat
jawapannya??? Jangan biarkan diri diganggu dengan perasaan tersebut !!!



Mungkin terselit hikmah yang tidak kita ketahui...Dirakam didalam Al-Quran;diwajibkan atas kamu berperang,tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(ayat216)



Terimalah ujian buat diri yang kerdil sebagai hambaNya .Hanya kepada Yang Maha Esa kita berserah diri ...bermunajat ..berdoa ...dan sepatutnya cinta dan kasih sayang kita kepada manusia tidak boleh melebihi kasih sayang dan rindu kita kepada Allah Taala...dan Rasullulah saw...dan kemudian yang patut mendapat kasih sayang kita adalah ibubapa kita ..sayangilah dan rinduilah mereka kerana itu menjadi menjadi ibadah kita dalam mencari ilmu.

Jika kita sayang dan mencintai mereka akan membawa ke syurga ...menyayangi sahabat dan teman memang dituntut tetapi biarlah berpada-pada dan kerananya juga tidak merosakkan cinta kita kepadaNya yang lebih berhak kita cintai....bukan sehingga merosakkan perjuangan kita untuk mencari mardathillah....tetapi kasihkan sahabat kerana Allah Taala dan membawa kepada redha Allah bukan kemurkaannya.



Ada tujuh golongan yang mendapat perhatian dan naugan Allah Taala diakhirat kelak...salah satunya dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah Taala.



Cinta yang kekal abadi dan cinta yang satu dan kita tenang jika hati kita mengadu kepadanya...jika mempunyai masalah ...kadang-kadang manusia merasa masalah diri kita remeh tetapi Allah mengetahui bagaimana perasaan hambanya..kerana Allah Taala yang paling memahami dan menyayangi diri kita...jadi jawapan kepada masalah diatas adalah Allah swt...sahaja ...hanya orang yang benar-benar beriman sahaja...akan merasainya.



Jangan dilayan perasaan yang bukan –bukan itu ...ia akan memakan diri anda sendiri dan menhancurkan anda...tetapi apa punca yang sebenarnya sehingga diri terganggu sebegitu???

Sebenarnya ada banyak yang kita boleh andaikan mengapa jadi begini ...Cuba kita renungkan firman Allah "Jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana ia adalah musuhmu yang nyata"...waktu imtihan inilah masanya untuk ‘mereka’mengganggu perasaaan kita .mereka akan membisikan perkara-perkara yang kita suka tetapi membawa kepada kemusnahan hidup...Dan yang membisikkan kata-kata itu bukan ‘mereka’ yang biasa-biasa tetapi yang pangkat’ tinggi-tinggi .’



Jadi jangan kita melayan perasaan kerana ia akan merosakkan hati dan perasaan juga fikiran kita dan membuatkan kita sebagai penuntut ilmu terganggu pelajaran dan merosotkan prestasi pelajaran kita ...’mereka’ hendak melihat kita tewas dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah...



Dari segi psikologi kita perlu meluahkan perasaan yang terpendam di hati cuma satu yang perlu kita tanggung jika kita yang akan menderita jika tiada jawapan yang memuaskan hati tetapi jika mengikut jalan yang betul pasti di sana ada jawapan yang memuaskan hati dan fikiran ...

Dengan bertanya dengan penuh berhikmah dan pertanyaan itu tidak memberi salah faham juga ketidak puasaan hati pada kedua-dua pihak ...’husnu zon’berbaik sangka itu lah jawapan yang paling baik dan 'afdhal' bagi orang yang bersaudara sesama muslim...



Insya-Allah..doakan kita najah imtihan dunia dan akhirat kerana apa yang kita lakukan ada balasannya walaupun sebesar zarah...Itu janji Allah pada hamba-hambanya didalam al-Quran...



Cuma ia terletak pada diri individu tersebut bagaimana untuk menyelesaikannya dan pastikan diri kita menyelesaikannya dengan cara yang paling baik ...kerana setiap masalah ada jalannya...yang penting ukhwah itu dihati ...kebahagiaan itu adalah suatu ketenangan .. hanya dengan mengingati Allah kerana Dia Pencipta Rindu dan kasih sayang .



Ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang kerana ia yang kekal abadi... Yakinlah Allah tidak akan membiarkan hambanya bersendirian ...apatah lagi hambanya yang sentiasa bermunajat kepadaNya dan mengadu kepadaNya ...



Kepada diri jadilah hamba yang sentiasa mencari keredhaan Allah swt dan keredhaan ibu bapa kerana keredhaan ibu bapa adalah keredhaanNya...kerana tiada erti hidup ini tanpa redha Allah swt...SALAM MANGSI UNTUK SEMUA...


Renungkanlah...kata-kata ini...

Biar apapun yang menanti ...
Kutetap teguh berdiri...
Dalam satu perjuangan ...
Yang tidak berkesudahan...


Sunday, June 8, 2008

UBAT SEGALA PENYAKIT....


SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi.

Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.


'Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.' (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah. Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.


Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.' (Hadis riwayat Abu Daud)


Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya.


Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: 'Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-

Jauh daripada segala penyakit

Lahir kesan takwa pada wajahnya

Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



Sementara empat perkara di akhirat ialah:-


Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri


Dipermudahkan hisab

Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.'




"Ya Allah masukkan aku didalam golongan hamba-hambaMu yang istiqamah mengerjakan Tahajjud"...amin ya Robb...

Saturday, June 7, 2008

TITIK FENOMENA...


Fikiranku melayang jauh merenungkan sesuatu ...


oh sahabat... mungkinkah mu dibayangan ...


melewati didalam diri tidak berhenti jua titik fenomena ...


tidak berhenti jua berkali terjadi...


Ada serisi yang menguris ...selama berdiam diri...


Hati memendam di dalam bagaikan api didalam sekam...


Masih ada keraguan meniti persoalan walau cuba dibajai ...


namun masih ada...


yang berkeluh kesah...


setulusnya hati ini megulirnya silaturrahim...


senyum merantai kerinduan simfoni..


syahdu menjadi menjadi teman diri ...


kasih saudara jadi pudar warna ...


kerana hasutan semalam bisakah berlalu...pergi...


Kasih saudara...Mengapa perlu sengketa ???


Biarkan ia pergi....

Monday, June 2, 2008

UJIAN FATRAH IMTIHAN...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam...ana tidak tahu nak kata apa...sebab semuanya sudah berlaku dan berlalu begitu saja.

Tidak tahu lah kenapa..malam yang tenang ini yang ana pilih untuk mencoretkan isi hati dalam fasa imtihan kali ini...

Setiap ketika dan masa manusia akan diuji jika tidak dia bukan lah hambanya yang memerlukan tempat pengaduan...

Kali ini perasaan itu kembali lagi..saat-saat imtihan hampir dengan diri yang kerdil ini...

RINDU...perkataan yang cukup mashyur bagi perantau-perantau seperti diriku...yang paling tepat kita diuji dengan rindu pada mak dan ayah di kampung...biasanya jika bukan imtihan tidak lah seteruk itu rasa rindu tersebut...tapi datang imtihan beginilah biasanya...

Dalam fasa imtihan ini juga,yang paling biasa perasaan kita akan berubah kepada baik kepada tiada ‘mood’ rasa nak marah,tension,geram,risau dan seumpamanya...

Itu sudah sinonim dengan diri kita yang akan menempuh imtihan diperantauan tapi bagaimanakah jika kita diuji dengan rasa kasihkan atau sayangkan seorang sahabat sehingga menganggu konsentrasi ‘study’ kita???

Diri bertanya pada hati :mengapa dengan kamu???

Hati berkata :entahlah ana tidak pernah begini...kadang-kadangana rasa terseksa ...sengsara ...yang paling sedih kadang-kadang ana sedang menghafal Al-Quran perasaan itu datang dan menganggu tumpuan ana ...rasa nak menangis pedihnya...

Diri:lazimi istiqfar...Insya-Allah ...tenang...

Hati berkata lagi:mungkin ini ujian untuk ana dalam fasa imtihan ini..

Diri:Terimalahdengan hati yang terbuka ..mungkin disitu ada hikmah...

Kadang-kadang sedang menghafal sesuatu fakta kita jadi teringat-ingatkan sahabat kita...jika boleh kita hendak sentiasa bersamanya walau dimana kita berada agar kita tidaklah hendak teringat dia sahaja...

Adakah patut kita pergi kepadanya dan meluahkan segalanya kepada dia...sedangkan sahabat kita pun hendak imtihan ???

Ana saja tinggalkan soalan tanpa jawapan untuk sahabat yang tengah ‘relestantion’ tu.Ana rasa jawapannya ada pada setiap individu ...apa pendapat anda???

Sunday, May 25, 2008

SEMPENA NAKHBAHPALESTIN:SALAHUDDIN PERLU DITELADANI...

Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani

Zainudin Hashim Thu May 15, 08 2:40:22 pm MYT

Negara Palestin sering dikaitkan dengan wilayah-wilayah yang masyhur seperti Baitulmaqdis (Jerusalem), Gaza dan Baitullahm yang merupakan tempat terpenting dan melakar sejarah tersendiri kerana pelbagai peristiwa, kisah, agenda tertentu melandanya.

Apatah lagi wujud Masjid al-Aqsa dalam jajahan Baitulmaqdis yang disebut oleh al-Quran berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Masjidilharam. Kerana pentingnya Masjid al-Aqsa, maka Panglima Salahuddin al-Ayubi rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membebaskannya daripada cengkaman dan penaklukan tentera Salib yang diketuai 'Raja Richard the Lion Heart' dari England bersama tentera-tentera Eropah lain seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.
Walaupun beliau (Salahuddin) bukan daripada keturunan bangsa Arab, isu Masjid al-Aqsa tidak dianggapnya isu bangsa malah isu agama kerana ia adalah kiblat pertama orang Islam.
Beliau telah berjaya menarik minat dan memikat hati banyak pihak khususnya di kalangan bangsa Arab untuk menyertainya dalam satu pakatan tentera Islam mengusir keluar tentera-tentera Salib dari bumipada Anbiya' itu.

Siapakah sebenarnya Salahuddin?

Beliau adalah Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub, lahir pada 532 Hijrah/1138 Masihi di Tikrit, Iraq daripada rumpun bangsa Kurdis, meninggal pada tahun 589 Hijrah/1193 Masihi di Damsyik.
Pengasas Daulah Ayyubiah dan bergelar Sultan Salahuddin, seorang pahlwan Islam yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib Kristian.

Persoalannya, mengapakah suatu ketika dahulu 'Salahuddin Al-Ayubi' bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitulmaqdis ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah sedangkan beliau sendiri bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah daripada keturunan Kurdis, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersempadan dengan Turki.
Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu daripada bumi Palestin.
Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitulmaqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri?

Sebaliknya Salahuddin ketika pada penghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada serangan tentera Kristian Eropah.
Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin bertindak demikian adalah kerana kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya' yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj.

Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitulmaqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.
Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." Alangkah baculnya ketua tentera Salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak Salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam.
Bagi Salahuddin, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Tanggal hitam 15 Mei 1948

Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.
Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.
Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam. Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.

Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.
Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.
Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.
1948 dikenali sebagai tahun perang Arab Israel

Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel.

Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.

Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain. Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat.
Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Tragedi Sabra dan Shatila

Umum di kalangan umat Islam mengetahui, bahawa Yahudi adalah satu bangsa yang paling jahat di dunia, justeru Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: Tidak akan boleh dua agama berada dalam satu negara (ia merujuk kepada Semenanjung Tanah Arab iaitu antara Islam dan Yahudi).

Pada zaman pemerintahan Sayidina Omar bin al-Khattab, beliau telah mengusir saki baki etnik Yahudi yang masih tinggal di Madinah, ekoran daripada peristiwa pengusiran itu, maka bangsa Yahudi tidak ada sebuah negara khusus, ada di kalangan mereka yang bertempiaran lari ke Eropah, Asia, Amerika dan benua Afrika yang dikenali sebagai Fallasyah.
Mereka menyimpan rasa dendam kesumat khususnya terhadap bangsa Arab dan agama Islam, justeru mereka akan perlakukan apa sahaja terhadap orang Arab tidak kira orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak walaupun ia dianggap melanggar hak asasi manusia, sehingga hari ini kekejaman mereka tidak diseret ke mahkamah antarabangsa.
Penyembelihan Sabra (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israel, oleh Nasrani Lubnan sebagai bukti kekejaman mengatasi undang-undang. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai 'penghapusan kaum (genocide)' - satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Tuduhan terhadap Israel

Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israel, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange.

Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israel terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israel telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri Kabinet Israel. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera. Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut.

Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan.
Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Terbentuk Hamas bagi pembebasan al-Aqsa

Hamas adalah singkatan Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Penentang Islam merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihan raya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Berikutan pilihan raya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.
Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Ismail Haniyeh.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun.
Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin.

Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.
Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru.
Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.
Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihan raya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.
Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah.

Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu.
Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan.

Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas.

Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut. Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dibom hingga matiBagi mengurangkan pengaruh jihad di kalangan rakyat Palestin, maka rejim Yahudi telah mengupah tali barutnya di kalangan rakyat dan bangsa Arab Palestin sendiri supaya memantau kegiatan yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad Yasin, bukan sahaja pengasas Hamas, malah beliau dianggap sebagai pemimpin kerohanian yang membangkitkan semangat jihad menghadapi golongan Yahudi.

Risikan demi risikan melibatkan jangka waktu tertentu, hingga pada tarikh 20 Mac 2004, setelah selesai solat Subuh, Syeikh Ahmad keluar dari masjid dan satu serangan peluru berpandu dilancarkan dari bumi Israel menepati tubuh badan al-marhum Syeikh Ahmad yang menyebabkan beliau syahid di situ juga.
Pada 17 April 2004, giliran pemimpin Hamas, Dr Abdul Aziz Rantisi pula menemui syahid, apabila beliau dibedil oleh serangan helikopter yang menyebabkan beliau mati syahid, kepimpinan Hamas diterajui oleh Khaled Masy'al yang berada dalam buangan di Damsyiq, Syria hingga ke hari ini.

Nakbah 60 tahun Palestin perlu sambut perjuangan ulama

Sejarah Palestin telah mencatatkan beberapa individu di kalangan pahlawan dan ulama Islam yang tidak kurang penting untuk disambut sebagai membangkitkan cetusan jihad menentang musuh Allah yang tidak akan berkesudahan hingga berlakunya kiamat.
Nama-nama seperti Sultan Salahuddin al-Ayubi, Imam Syahid Hasan al-Banna, Syeikah Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi perlu diajarkan kepada para remaja bagi mengembalikan kemuliaan Islam di dalam negara masing-masing bagi mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. - lanh
SAMA-SAMA KITA HAYATI PERJUANGAN DAN JASA MEREKA DAHULU...
DAN TANYA PADA DIRI APA PENGORBANAN DAN JASA KITA???RENUNGKAN...

Thursday, May 15, 2008

Saturday, March 29, 2008


THE PROPHET OF ISLAM - MUHAMMAD




Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) is one the greatest benefactors of mankind. The Prophet of Islam undoubtedly proved a great blessing to humanity. It was he who preached for the first time complete equality of mankind. He gave a high sense of self-respect to an uncouth desert people among whom he was born. He removed all distinctions of caste, creed or colour, and introduced among his followers the principle of universal brotherhood. All these ideas were refreshing to those who were suffering under so many inequities and acts of injustice.
The Prophet of Islam, in fact, revolutionized human thought by his preaching.


He not only preached, but also acted upon every word he spoke for the guidance of humanity. Thus his life became a source of true inspiration to his followers. Even minute acts and deeds of him have been recorded by his Companions and contemporaries for the benefit of mankind. His life was practical demonstration of how high precept and noble example can be blended harmoniously in the life of man.


The torch lit by the Prophet of Islam about 1,400 years ago should always be peoples' guiding light to keep their steps away from the path of sin and error. The many phases of Muhammad's unique personality must be studied carefully in order to draw up a system of conduct for ourselves. Islam itself is a perfect code of life and hence, in every age and clime, it can easily fulfil the moral and spiritual as well as material needs and requirements of humanity.



Humanity needs a standard by which it may judge itself in all problems in every walk of life, social, economic, political, religious, commercial and cultural. Such a model is found in the life of Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him). He was born amongst a people who had touched the lowest ebb of degeneration and degradation. His clarion call not only aroused them from the slumber of ages and pulled them out from the shadows of darkness and oblivion, but also converted a backward and primitive tribal community into harbingers of one of the greatest civilisations on earth. From a life of ignorance, misery, evil social customs, and blood feuds, they were transformed into champions of knowledge, science, literature, medicine, astronomy and philosophy. They literally fixed a pattern of high moral standards, socio-economic justice, and equality for all mankind. Never has the world witnessed such a great transformation in such a short span of life.



Muhammad, Prophet of Islam, is the last of Prophets ; one who brought the Divine Message in its final and complete form. Muslims are asked to look upon all other Prophets with equal reverence. Islam seeks to bring about mutual understanding and reconciliation between the followers of different faiths and to enjoin upon them to respect and honour one another. The Quran says
"Surely those who believe and those who are Jews and the Sabeans and the Christians whoever believes in Allah and the last Day and does good - they shall have no fear nor shall they grieve 1 " and " O, People of the Book, come to an equitable word between us and you, that we shall serve non but Allah and that we shall not associate aught with Him, and that some of us shall not take others for lords besides Allah."



The life of Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him ) is unique among the founders of faiths. He was a ruler, an administrative, a soldier and a states man. As a husband and a father he sets an example which if carefully followed would eradicate many evils and prevent destruction of family life. Gentleness and humility, courtesy and hospitality, patience and tolerance, courage and fortitude, the warmity of his affection for friends and his large-hearted magnanimity to his enemies were some of his qualities. Above all, he was the man chosen by Allah to convey the Message of all good and happiness to humanity.



Prophet Muhammad's life (peace and blessings of Allah be upon him) can be described as a struggle between truth and falsehood, justice and inquity, good and evil and happiness and misery. Before Muhammad's mission (peace and blessings of Allah be upon him), the world, as described by Allah in the Quran, was as follows
"Indeed, there has come to you from Allah a Light and a clear Book whereby Allah guides such as follow His pleasure into the ways of peace, and brings them out of darkness into light by His will, and guides them to the right path".

RASULULLAH IS MY LOVE.......

Thursday, March 20, 2008

CORETAN HIDUP 3


Ana rasa tidak perlulah menyambung tajuk yang lepas tetapi kerja yang tertangguh dan tidak dibereskan adalah kerja orang yang sambil lewa dengan kerjanya.Jadi apapun ana tidak mahu orang buat kerja sekerat jalan,kerana kerja yang tidak diselesaikan tidak membawa membawa matlamat.


Lantaran itu hidup kita mempunyai matlamat:"Dan tidak aku menciptakan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu,aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya merekamemberi aku makan.Sesungguhnya Allah,dialah maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh".(Az-zariyat:58)


Sahabatku,hidup kita adalah untuk menuntut keredhaan Allah.

Al-Quran telah membuktikan bahawa hidup kita bermatlamat,tidak seperti kehidupan orang-arang kafir sebagaimana dalam firmanNya :


"Dan orang-orang kafir itu bersenang diduniadan mereka makan seperti binatang-binatang makan dan neraka adalah tempat tinggal mereka.(Muhammad:12)


Sejarah telah merakamkan bagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w yang menolak segala kemewahan dan kelazatan dunia agar meninggalkan seruan dakwah menegakkan Deen Islam sebagimana baginda menegaskan :"Wahai bapa saudaraku,sekiranya diletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku agar aku tinggalkan dakwah ini,nescaya aku tiedak meninggalkannya."


Dunia oh dunia...

Kita akan selamatdan terhindar dan tipudaya dan rayuan serta belaian dunia apabila kita berpegang kepada dua perkara yang telah diwasiatkan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w."Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara,jika kamu berpegang dengan kedua-duanya ,maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya:
Al-Quran dan Sunnah."


Rasulullah saw berwasiat lagi agar apa dalam keaadaan kita hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran sebagaimana sabdanya:"Ketahuilah paksi Islam sentiasa beredar,maka beredarlah bersama Islam kemana-mana sahaja .Ketahuilah bahawa Al-Quran itu akan terpisah ,maka hendaklah kamu bersama dengan Al-Quran.Ketahuilah bahawa dikalangan kamu ada pemimpin -pemimpin yang bekerja untuk kamu ,maka jika kamu mentaati mereka ,mereka akan menyesatkan kamu dan jika kamu mengingkari mereka ,mereka akan membunuhmu."


Para sahabat baginda bertanya :"wahai Rasulullah apakah yang patut kami lakuka apabila menghadapi demikian?"

Rasulullah saw menjawab ,"Jadilah kamu seperti sahabat-sahabat

Isa a.s mereka digergaji dengan gergaji dan disula diatas kayu.Mati taat kepada Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam kemurkaanNya".


Sahabatku ......

Islam adalah jalan hidup kita ."Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan oleh Allah swt dengan Islam ,mak sesiapa yang mengejar kemuliaan selain kemuliaan tersebut nescaya Allah akn memberi kehinaan kepadanya ".(Saidina Omar r.a.)


Sahabatku......

Betapapun dunia ini penuh pancaroba ...maka hiasilah ia dengan ketaqwaan kepada Allah swt.Dunia adalah ladang akhirat .

"Dan tidaklah kehidupan dunia itu selain permainan dan senda gurau sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu memahaminya?"(Al-an'am32)


Wahai Sahabat dan diri ......

Hisablah diri .......setakat mana kita trelah menghabiskan usia kita di atas muka bumi ini ?Apakah hidup kita selama ini telah mempunyai wawasan sebagaimana wawasan yang digariskan oleh Al-Quran dan As-sunnah?Adakah kita telah merealisasikan ilmu yang telah kita perolehi mengikut landasan dan keredhaan Allah swt sebagai seorang duat yang diiktiraf oleh Allah mengikut tapak peninggalan Rasulullah saw,para sahabat dan ulama-ulama muktabar?


Sahabat dan diri........

Bermuhasabahlah agar kita sama-sama menjadi muslim dan muslimat yang sejati........Generasi harapan .....Generasi rabbani yang dapat melahirkan masyarakat beridentitikan Islam yang hakiki bukannya generasi yang masih lagi kabur dengan matlamat dan perjuangan hidup ini dan bukan juga generasi yang akan gugurdupertengahan dakwah ini.


Diri Sahabat dan diri........

Terajuilah bahtera perjuanganmu kerana lautan itu amat dalam dan perjalanan itu memakan masa yang panjang.Maka perbanyakkanlah bekalan ......Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah TAQWA kepada Allah swt.Dan ilmu itu sangat perlu diamalkan setelah dipelajari kerana itulah ilmu yang bermanfaat.Wassalam........


Agar diri perlu sentiasa bermuhasabah...dan semangat untuk Islam.Wahai diri.....jangan biarkan hari-hari berlalu tanpa berbakti untuk Islam .....Semoga terus bersemangat ...Amin.....

Wednesday, March 5, 2008

CORETAN HIDUP 2


Dunia oh dunia...pernah suatu ketika Rasullulah s.a.wberdiri ditempat pembuangan sampah sarap dan menyeru kepada sahabatnya dengan bersabda:
"Kejarlah dunia ".Kemudian beliau mengambil seketul sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput lalu berkata:"Inilah dunia".
Dan pada hari yang pula Rasulullah s.a.w. berpaling kepada para sahabat dan bersabda:
"Tidakkah kamu berfikir tidak beharganya bangkai kambing ini bagi tuannya?"
"Demi Allah,dunia lebih hina pada pandangan Allah dari kambing ini menurut pandangan tuannya.Kalaulah dunia ini disisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk,nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air".
Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh dari Allah".
Sebagaimana riwayat yang mengatakan "Dunia ini penjara bagi orang mukmindan syurga bagi orang kafir."
Sedarilah wahai sahabat dan saudara....
Segala kemewahan adalah sementara sebagaimana yang telah dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t.:"Sesungguhnya Kami telah dijadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya,agar kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya".(Al-Kahfi:ayat 7)
Insya-Allah...bersambung ....

Saturday, March 1, 2008

CORETAN KEHIDUPAN...


Sahabat yang kukasihi...
Kucoretkan bait bicara ini adalah semata-mata untuk renungan bersama.
Semoga bicaraku ini membuatkan kita insaf.Mungkin juga membuatkan kita menangis hari-hariyang berlaku tanpa ada apa-apa yang membuatkan kita dekat kepada Allah,untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang dengan penuh keyakinan dan kecintaan kepadaNya.
Sahabat yang kukasihi...
Dengarlah bicara hatiku penuh keikhlasan...
Dunia dan akhiratmuadalah ibarat dua keadaan dan citarasa hatimu...
Yang dekat atau yang dirasai kini adalah dunia.....yang dialami sebelum kematian...
Yang kemudian atau sesudah itu dinamakan akhirat.Segala yang akan dialami selepas kematian...
Sahabat segala milikmu yang kau rasai dan kecapididunia ini adalah hakmu yang dikurnia kan oleh yang Maha Kuasa.Dunia ini adalah perhiasan....
Ingatlah wahai sahabat........
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan :
"Hidup didunia ini adalah ibarat seorang musafir yang berehat dibawah sepohon kayu besar yang rimbun,sekdar berteduh dari panas matahari yang terik .Kemudian.......musafir itu akan meneruskan perjalananitu,musafir akan melihat keindahan alam menemui berbagai-bagai keadaan yang mempesonakan ......
Musafir.........janganlah dengan kenikmatan dan keindahan yang dilihat itu sehingga lupa kepada tempat yangdituju iaitu akhiratyang penuh dengan kenikmatanyang penuh dengan kelazatan keindahan yang lebih mengagumkan......."
BERSAMBUNG.......................................INSYA-ALLAH...............

Wednesday, February 20, 2008

PENGERTIAN BULAN ISLAM...


Adakah anda tahu apa maksud bulan-bulan Islam sebagai seorang individu Islam..???




Muharram ertinya yang "diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah.


Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya..
Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara dan sebagainya.


Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'.
Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.


Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'.
Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.


Jamadilawal ertinya 'kering' atau 'beku'.
Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.


Jamadilakhir ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan' .
Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.


Rejab ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan inidengan 4 cara iaitu,
a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang danmalam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapitidak lagi anak unta Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan inijuga telah dibatalkan.




Syaaban ertinya 'berserak-serak' . Dalam bulan ini orang Arab zaman dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan.
Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.




Ramadhan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'.
Cuaca dalam bulan ini diJazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur.
Sabda Rasulullah, "bulan inijuga dapat membakar dosa-dosa lalu".




Syawal ertinya'naik'.
Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan initidaklah berlaku sedemikian.




Zulkaedah erti 'yang empunya duduk'.
Dalam bulan ini semua orang lelakia kan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir ataumengembara.




Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'.
Dalam bulan ini semua umatmanusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.




wallahua'lam.....

Saturday, January 26, 2008

SEBAB SEBAB KEMUNDURAN UMAT ISLAM...

JAHIL....
Kejahilan telah menyebabkan umat Islam tidak dapat membezakan kaca dan permata.

Maksud kejahilan disini bukan lah beerti semata-mata bodoh dan tidak berpendidikan atau buta huruf tetapi kejahilan adalah bermaksud semua bentuk kebodohan ,
tiada pendidikan ,menolak kebenaran,menafikan yang hak,
tiada mahu belajar dari orang lain ,menyangka dirinya sudah cukup pandai dan menerima kebatilan atas motif tertentu.

KURANG PENGETAHUAN ...
Lebih teruk menyerang seorang muslim dearipada kejahilan biasa.
Kerana jika seorang itu jahil dan Allah S.W.T. mentakdirkan ada orang lain yang boleh membimbingnya keluar daripada kejahilan itu nescaya dipatuhi dan diikutinya .
Manakala yang kurang pengetahuan pula,dia tidak mengetahui dan tidak percaya dia adalah jahil kerana telah merasa cukup dengan ilmunya .
Seperti kata-kata yang berbunyi:
"DIBALAKAN KEATAS KAMU MENJADI GILA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA DIBALAKAN KEATAS KAMU SEPARUH GILA "

Bermaksud :
Kamu menjadi orang gila yang adalah lebih baik daripada menjadi orang yang separuh mengerti.

KEROSAKAKAN AKHLAK DIKALANGAN ULAMA' DAN UMARA '

Mereka menyangka bahawa umat (rakyat) adalah diciptakan untuk dijadikan hamba kepada mereka bagi mereka memuaskan nafsu mereka .Pemikiran ini begitu kukuh meresap didalam hati mereka sehingga apbila ada dikalangan rakyat yang ingin membetulkan (menegur)mereka,tindakan akan diambil terhadap in dividu tersebut.
Begitulah pula halnya muncul sekian banyak ulama'-ulama' oenjilat yang menjilat kaki pemerintah dan mengiakan segala keburukan mereka ....

JIHAD....FISABILILLAH !!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHHIM....

Tahukah anda makna JIHAD???
Mari kita selusuri apa makna dalam perspektif dalam dua wasiat Rasul s.a.w. (Al-Quran dan As-Sunnah)

AL-JIHAD adalah sebuah kewajipan yang berterusan hingga hari kiamat.Inilah yang dimksudkan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya:

"Barangsiapa mati,dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang,maka ia mati dalam keadaan jahiliyah"

Peringkat jihad yang pertama adalah penginjaran hati dan puncaknya adalah berperang dijalan Allah s.w.t...

Diantara keduanya terdapat jihad dengan lisan ,pena,tangan (kuasa)berkata benar di hadapan penguasa yang zalim....

TANPA JIHAD TIDAK DAKWAH AKAN HIDUP!!!

Bagaimana ketinggian dakwah dan keluasan ufuknya demikianlah kemuliaan JIHAD dijalannya ,dan tingginya nilai untuk menegakkan kerja -kerja dakwah ,dan besarnya ganjaran petugas dakwah...


Maksud Firman Allah s.w.t.:
( Dan berjihadlah dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya ) Al-Hajj:78

Dengan demikian agar kita lebih memahami,menghayati dan mengamalkan dalam hidup yang sementara ini.....Insya-Allah...AMIN....YA RABBI.....


" JIHAD ADALAH JALAN KAMI "
" MATI SYAHID ADALAH CITA -CITA KAMI"

ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KHAS BUAT DIRI INI...




KETIKA kita ditanyakan, apakah kita ingin memperbaiki diri???


Kita pasti menjawab ya!


Kita ingin menjadi lebih baik, lebih bahagia, lebih sihat, lebih kaya, lebih soleh – ingin segala-galanya lebih! Namun, apa yang terjadi?


Daripada beberapa survey, seseorang yang melakar matlamatnya masih di bawah 5%, sedangkan tujuan merupakan arah ketika kita akan menuju kepada keadaan yang lebih baik.


Tujuan ibarat peta ketika melakukan perjalanan jauh.Adalah terlalu sombong jika kita berasa bahawa kita mampu berjalan merentasi masa sepanjang puluhan tahun mendatang, tanpa petunjuk yang jelas.


Sedangkan ketidakpastian begitu banyak di depan kita. Ibarat jalan yang bersimpang, yang boleh membingungkan ketika kita menempuhi perjalanan.Sebuah peta akan bermanfaat ketika kita tahu kedudukan kita. Peta tidak akan berguna jika kita tidak mengetahui kedudukan kita.


Jadi kita harus tahu di mana kita berada dan kita ke mana arah yang kita tuju, sekali gus ia akan membuat perjalanan kita semakin lancer, jelas dan cepat.Mengenalpasti kedudukan diri adalah mengenal diri sendiri. Baik mengenal kecerdasan, kebolehan, hobi, watak atau sikap dominan, dan tidak lupa lingkungan terdekat kita. Sebenarnya masih banyak aspek yang perlu kita kenali, semakin banyak yang kita ketahui tentang diri sendiri akan bertambah baik kedudukan kita.


Dengan mengenal diri sendiri kita akan sedar akan segala keterbatasan kita di hadapan Maha Pencipta sehingga membuat kita tidak menjadi orang yang takbur.


Di sudut lain kita juga akan sedar bahawa Maha Pencipta telah memberikan kemampuan yang tak terhingga pada diri kita untuk mengarungi kehidupan di dunia ini.Setelah kita mengenal kemampuan diri, kemudian kita akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.


Selain itu kita juga akan tahu kemampuan lainnya yang belum muncul sehingga kita akan terus berusaha menemukannya. Jika dua hal ini kita lakukan, kita akan menjadi manusia yang bermanfaat di muka bumi ini, insya-Allah.


Dengan mengenal diri sendiri kita lebih mudah untuk melakukan pelbagai kebaikan kepada diri sendiri. Kita akan tahu apa yang kurang dan apa yang sudah cukup. Kita akan melakukan kebaikan lebih terarah dan efektif. Kebaikan diri kita pada dalam aspek bukan hanya untuk mempersiapkan bekal hari esok, termasuk bekal kita di hari akhir nanti.


Muhasabah tentang diri sendiri, analisa pelbagai aspek tentang diri sedalam dan sejelas mungkin, sehingga kita mengenal siapa kita. Manfaatkan nasihat dan teguran orang lain sesuatu yang positif untuk melihat kekurangan kita. Ada waktunya, kata-kata sindiran daripada musuh lebih jujur berbanding pujian seorang teman.


Tapi bukan bererti kita harus mempunyai musuh!

TETAPI ......

Sahabat yang yang memberi nasihat yang membina dan mengubah kelemahan atau keburukan kepada kekuatan atau kebaikan ....

Sebagaimana sahabat yang menghina dihadapan memuji dibelakang....


Syukran kepada penulis postmortem ini....

Monday, January 21, 2008

PESANAN ABANG TERUSKAN BERDOA...



YA ALLAH YA TUHANKU...

Jadikanlah apa-apa yang Engkau ajar daku...
Atau apa-apa yang dihafal oleh aku...
apa-apa yang dilupai olehku...
Dan engkau ingatkan akan daku sepanjang hidupku...
Atau apa -apa yang aku tulis dan aku pelajari dan karangi ini...

Adalah sesungguhnya atas setiap inci perjalanan penaku yang aku guna untuk menulis dan mengarang ...

Serta atas curahan pemikiran dan pengembangannya atau setiap jerih payah,jihad ,kesungguhan dan berjaga malam,mahupun pemancaran cahaya penglihatan dan nur hatiku ini lantas memancarlah kesedaran...

Maka jadikan lah ianya Ya Allah sebagai satu keikhlasan pada setiap amalanku....
Bagi menegakkan kalimah MU yang suci serta buat menyebarkan agamaMu serta memudahkan penyampaian ilmu bagi para pendokong agama Ilahi yang tidak terbatas itu....




Saturday, January 19, 2008

BAHANA CINTA...


Mengapa bercinta dengan kehidupan sebentar...
Mengapa terpaut pada insan yang diciptakan ...
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan lebih suci terkorban diabaikan....
Berapa ramai insan mendamba pada dunia....
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu....
Terpesona Jiwa dan terpudarlah
Iman...
Perjudikan angkara perasaan....
Yang inginkan perhatian....
Begitulah bahananya cinta pada dunia...
Memunahkan cinta hakiki pada ILAHI...
Memberi kekecewaan pada hati sanubari...
Ya Allah kurafakkan padaMu pengharapan...
Pimpinlah hambaMu agar tidak terpedaya lagi...

YA ALLAH.... YA RAHMAN .... YA RAHIM...

Thursday, January 17, 2008

NOSTALGIA....


Apabila imtihan sudah usai...terkenang laman sekolah...ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang banyak mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar....


Syukran...dan terima kasih...buat guru-guru dari mula ana mendapat ilmu yangtak tidak jemu mencurah keringat semasa zaman persekolahan.
Diri ini tidak mampu menyebut setiap satunya tetapi tetapi setiap perbuatan baik itu tidak lepas daripada ganjaran Allah....


Syukran jazilan....Setulus kenangan buat laman ilmu dipuncak bukit yang pernah menjadi tempat bermain sambil mengutip mutiara ilmu.Jika diizinkan Allah dan punya kelapangan pasti aku akan bertandang lagi....

Buat teman-teman seperjuangan dizaman persekolahan,tidak kira dimana kalian mengejar ilmu sekarang (dalam atau luar tanah air) memori pahit manis diawal remaja moga terus menjadi kenangan hingga keakhirnya.Terima kasih diatas segala teguran dan perkongsian pengalaman .
Kemaafan ku mohon andai ada tegur kata menusuk jiwa.Doakan agar hidayah Allah terus menyinari hati kita setiap detik dan waktu.Doakan juga laman ilmu tercinta terus abadi sebagai tempat mencurah bakti kepada anak bangsa.Amin.......
Buat adik-adik yang masih dialam persekolahan,binalah jati diri semampat dan seteguh yang mungkin.Awal remaja manfaatkan untuk membina indentiti yang kukuh disamping memburu ilmu.Usah memandang rakus untuk menjejak kampus menara impian jika jati diri masih belum kuat.
Disini lebih banyak dugaan dari ...keseronokan dan 'glamour'bergelar mahasiswa atau mahasiswi.Usah fikir semuanya indah dan muluk belaka.... Banyak yang perlu difikir dan diatasi sebagai 'pemangkin negara'...Insya-Allah,Amin...Ya Allah.....
ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

BICARA RINDUKU UNTUK SIAPA....

Biar dimana-mana sekalipun...
Bumi yang kupijak merekah...
Biar dimana sekalipun...
Kemarau yang mendahagakan...

Biar dimana-mana sekalipun...
Terik mentari membakar tusuk tubuhku...
Aku tetap mencarimu..
Aku tetap mengingatiMu...

Lantas kususun baris ayat-ayat ini...
Untukku huraikan kepadaMu...segala kekusutan...
Aku lambungkan sebuah harapan ...
Yang aku benar -benar mencintaimu...
Yang aku lahir keranaMu...
Matiku juga keranaMu...



Dan kerana itu pungutlah aku...
Kau bariskan lah aku disaf...
Yang terkehadapan sekali...
Dan kau benarkan aku...
Menjejaki hamparan kasihMu...



Lalu hari ini ...

Aku masih melayani perasaan rindu...

yang tiada tercatat sebuah nama...

Rindu yang entah untuk siapa...



Tetapi telah kumengertikan...

RINDU itu........










Hanya untukNya...

Ya Allah,kekasih aku kasih abadi...





















Wednesday, January 16, 2008

DIAM...

Kadang2 diam itu perlu kerana DIAM mengandungi 7000 kebaikan....

Dan tersimpul TUJUH kalimat dalam tiap kalimat 1000....

Antaranya...Diam itu IBADAT tanpa susah payah....

PERHIASAN tanpa berhias...

KEHEBATAN tanpa kerajaan...BENTENG tanpa pagar

KEKAYAAN tanpa minta maaf...kepada orang....

ISTIREHAT bagi kedua malaikat pencatat amal....

Dan...

Menutup segala KEAIBAN...

Oleh itu.....

Siapa banyak bicaranya,banyak salahnya...
Dan siapa banyak bertanya (akidah),banyak dosanya...
Dan siapa yang busuk AKHLAKnya,Menyiksa dirinya sendiri...
Maka jadilah orang BERADAB dengan AKHLAK yang MULIA...

Kerana mulia itu indah...
Sebagaimana ISLAM itu INDAH...
Sebagaimana CANTIK AKHLAK Nabi Muhammad S.A.W
Kerana ALLAH S.W.T suka yang BAIK dan cantik....

SALAM MAAL HIJRAH 1429..... semoga kita berakhlak seperti NABI S.A.W.