Saturday, June 21, 2008

Hadapi Kawan Dan Lawan Dengan Wajah Tenang...

Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang

Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:



1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.



2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.



3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.



4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.



5. Jangan bersikap pura-pura.



6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan.




7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.




8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.




9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.



10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.



11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.



12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

TIDUR MENGINGATKAN MATI....

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.


Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat.



Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk memulihkan tenaga.Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.



Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.



Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.






Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.



Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.



Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.




Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.




Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.



Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.





Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.



Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdayakannya. Tiga perkara itu ialah:


i. keinginan untuk makan



ii. keinginan terhadap perempuan


iii. keinginan untuk tidur




Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.


ISLAM SUBUR DI HONGKONG...


HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia.





HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia. Penduduknya yang kira-kira tujuh juta orang menganuti pelbagai agama, namun mereka mengamalkan semangat toleransi, sekali gus memberikan kehidupan yang sejahtera, malah negara semakin berkembang maju.



Di negara itu agama adalah sebahagian daripada ciri kebudayaan. Penduduknya bebas memilih agama kerana jaminan kebebasan beragama sebagai satu hak asasi dilindungi di sisi undang-undang.Justeru, ada penduduknya menganuti Buddha, Tao, Kung fu-Tze, Kristian, Hindu, Sikh, Judai dan tidak ketinggalan Islam walaupun lokasinya jauh dari Timur Tengah.





Setiap kumpulan agama berkenaan mempunyai kemudahan ibadat bagi membolehkan pengikutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing, malah ada di antara mereka terutama yang berpengaruh turut mengasaskan sekolah dan kemudahan sosial.Di negara itu, agama paling berpengaruh ialah Buddha dan Tao, dengan bilangan pengikut paling besar, malah dikatakan ada kira-kira 600 hingga 700 rumah ibadat bagi kumpulan agama terbabit.





Walaupun sudah lama bertapak, Islam masih dianggap agama minoriti dan hari ini dianggarkan 80,000 hingga 90,000 Muslim di negara itu.Generasi pertama penduduk Muslim di negara itu sukar dikesan, tetapi yang ketara masyarakat Islam mula bertapak sejak Hong Kong ditadbir British pada pertengahan kurun ke-19. Tentera British membawa masuk tentera Muslim dari India, malah peniaga beragama Islam turut datang sehingga satu peringkat terbentuk satu masyarakat, membuatkan kerajaan memperuntukkan kawasan bagi pembinaan masjid dan tanah perkuburan.





Dari tahun ke tahun, lebih ramai Muslim memasuki Hong Kong dan menetap di sana termasuk dari kalangan masyarakat Muslim dari tanah besar, China.Oleh itu, hari ini majoriti Muslim di Hong Kong adalah dari etnik Cina, manakala selebihnya bangsa dari Pakistan, India, Timur Tengah, negara dari Afrika, Indonesia dan Malaysia yang bekerja di sana.Di celah pembangunan kota dan kemajmukan penduduknya, masyarakat Islam dapat menjalani kehidupan seperti golongan lain, malah melakukan amal ibadat harian di masjid yang dibangunkan.Masyarakat Islam lazimnya tertumpu di kota utama, seperti Kowloon.





Pada masa ini terdapat empat masjid utama yang cukup terkenal membabitkan Masjid Shelley Street, iaitu masjid tertua, dipercayai dibina pada 1840-an dan dibina semula pada 1915. Kemudian, Pusat Islam dan Masjid Kowloon di Nathan Road yang dibuka pada 1984, Masjid dan Pusat Islam Oi Kwan Road di Wan Cai, dibuka pada September 1981 yang dapat menampung 700 jemaah dan Makam Muslim Cape Collinson yang juga mempunyai sebuah masjid.





Pengurusan masjid dan perkuburan di negara itu diuruskan Badan Pemegang Amanah Dana Masyarakat Islam, yang mentadbir aktiviti keagamaan dan hal ehwal berkaitan masyarakat Islam.Beberapa pertubuhan terbabit dalam jawatankuasa itu seperti Kesatuan Islam Hong Kong, Persekutuan Muslim Pakistan dan India serta Persekutuan Dawoodi Bohra.Di negara itu juga wujud pelbagai pertubuhan Islam yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat seperti bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, malah kepada kanak-kanak tadika.








INFOMasjid dan Pusat Islam Kowloon.Terletak di selekoh Nathan Road dan Haiphong Road berdekatan Kowloon Park, antara masjid tumpuan utama masyarakat Islam. Ia dapat memuatkan sehingga 2,000 jemaah dan digunakan dalam pelbagai kegiatan ibadat dan keagamaan. Dulu, ia dibina untuk kegunaan tentera Muslim dari India oleh tentera British yang berpejabat di Whitfield Barracks, berdekatan Kowloon Park. Masjid itu rosak pada akhir 1970-an dan sebuah masjid baru dibina pada 1984 menggantikan masjid lama.






Reka bentuk bangunan masjid itu adalah hasil sentuhan arkitek I M Kadri. Ia mempunyai kubah dan menara setinggi 11 meter, dihiasai batu marmar, tiga dewan solat dan sebuah dewan serba guna, klinik kesihatan dan perpustakaan. Dewan solat utama di lantai pertama dapat memuatkan sehingga 1,000 jemaah, manakala di tingkat atas dewan solat lebih kecil bagi wanita.

Saturday, June 14, 2008

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah...
Tidak membantah... malah mentaatinya...
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah ...
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara...
Segala amalan dijaga hanya kerana yang Esa...

Hormat pada yang tua ...
Kasih pada yang muda ...
Sayang pada ibu ayah...dan juga keluarga ...
Hidupnya rajin berusaha...
Tidak pernah berputus asa ...
Dialam kehidupan penuh pancaroba ...


Tiada cinta dihatinya hanyalah Cinta Allah ...
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah...
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah ...

Hormat –menghormati sesama insan berbudi ...
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi ...

Itulah diantara sifat anak –anak yang soleh ...


Buat diri dan sahabat... jadilah anak yang soleh dan solehah...

Wednesday, June 11, 2008

Redha Allah dan Redha Ibubapa...

















Adakah anda sudah mendapat
jawapannya??? Jangan biarkan diri diganggu dengan perasaan tersebut !!!



Mungkin terselit hikmah yang tidak kita ketahui...Dirakam didalam Al-Quran;diwajibkan atas kamu berperang,tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(ayat216)



Terimalah ujian buat diri yang kerdil sebagai hambaNya .Hanya kepada Yang Maha Esa kita berserah diri ...bermunajat ..berdoa ...dan sepatutnya cinta dan kasih sayang kita kepada manusia tidak boleh melebihi kasih sayang dan rindu kita kepada Allah Taala...dan Rasullulah saw...dan kemudian yang patut mendapat kasih sayang kita adalah ibubapa kita ..sayangilah dan rinduilah mereka kerana itu menjadi menjadi ibadah kita dalam mencari ilmu.

Jika kita sayang dan mencintai mereka akan membawa ke syurga ...menyayangi sahabat dan teman memang dituntut tetapi biarlah berpada-pada dan kerananya juga tidak merosakkan cinta kita kepadaNya yang lebih berhak kita cintai....bukan sehingga merosakkan perjuangan kita untuk mencari mardathillah....tetapi kasihkan sahabat kerana Allah Taala dan membawa kepada redha Allah bukan kemurkaannya.



Ada tujuh golongan yang mendapat perhatian dan naugan Allah Taala diakhirat kelak...salah satunya dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah Taala.



Cinta yang kekal abadi dan cinta yang satu dan kita tenang jika hati kita mengadu kepadanya...jika mempunyai masalah ...kadang-kadang manusia merasa masalah diri kita remeh tetapi Allah mengetahui bagaimana perasaan hambanya..kerana Allah Taala yang paling memahami dan menyayangi diri kita...jadi jawapan kepada masalah diatas adalah Allah swt...sahaja ...hanya orang yang benar-benar beriman sahaja...akan merasainya.



Jangan dilayan perasaan yang bukan –bukan itu ...ia akan memakan diri anda sendiri dan menhancurkan anda...tetapi apa punca yang sebenarnya sehingga diri terganggu sebegitu???

Sebenarnya ada banyak yang kita boleh andaikan mengapa jadi begini ...Cuba kita renungkan firman Allah "Jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana ia adalah musuhmu yang nyata"...waktu imtihan inilah masanya untuk ‘mereka’mengganggu perasaaan kita .mereka akan membisikan perkara-perkara yang kita suka tetapi membawa kepada kemusnahan hidup...Dan yang membisikkan kata-kata itu bukan ‘mereka’ yang biasa-biasa tetapi yang pangkat’ tinggi-tinggi .’



Jadi jangan kita melayan perasaan kerana ia akan merosakkan hati dan perasaan juga fikiran kita dan membuatkan kita sebagai penuntut ilmu terganggu pelajaran dan merosotkan prestasi pelajaran kita ...’mereka’ hendak melihat kita tewas dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah...



Dari segi psikologi kita perlu meluahkan perasaan yang terpendam di hati cuma satu yang perlu kita tanggung jika kita yang akan menderita jika tiada jawapan yang memuaskan hati tetapi jika mengikut jalan yang betul pasti di sana ada jawapan yang memuaskan hati dan fikiran ...

Dengan bertanya dengan penuh berhikmah dan pertanyaan itu tidak memberi salah faham juga ketidak puasaan hati pada kedua-dua pihak ...’husnu zon’berbaik sangka itu lah jawapan yang paling baik dan 'afdhal' bagi orang yang bersaudara sesama muslim...



Insya-Allah..doakan kita najah imtihan dunia dan akhirat kerana apa yang kita lakukan ada balasannya walaupun sebesar zarah...Itu janji Allah pada hamba-hambanya didalam al-Quran...



Cuma ia terletak pada diri individu tersebut bagaimana untuk menyelesaikannya dan pastikan diri kita menyelesaikannya dengan cara yang paling baik ...kerana setiap masalah ada jalannya...yang penting ukhwah itu dihati ...kebahagiaan itu adalah suatu ketenangan .. hanya dengan mengingati Allah kerana Dia Pencipta Rindu dan kasih sayang .



Ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang kerana ia yang kekal abadi... Yakinlah Allah tidak akan membiarkan hambanya bersendirian ...apatah lagi hambanya yang sentiasa bermunajat kepadaNya dan mengadu kepadaNya ...



Kepada diri jadilah hamba yang sentiasa mencari keredhaan Allah swt dan keredhaan ibu bapa kerana keredhaan ibu bapa adalah keredhaanNya...kerana tiada erti hidup ini tanpa redha Allah swt...SALAM MANGSI UNTUK SEMUA...


Renungkanlah...kata-kata ini...

Biar apapun yang menanti ...
Kutetap teguh berdiri...
Dalam satu perjuangan ...
Yang tidak berkesudahan...


Sunday, June 8, 2008

UBAT SEGALA PENYAKIT....


SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi.

Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.


'Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.' (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah. Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.


Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.' (Hadis riwayat Abu Daud)


Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya.


Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: 'Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-

Jauh daripada segala penyakit

Lahir kesan takwa pada wajahnya

Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



Sementara empat perkara di akhirat ialah:-


Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri


Dipermudahkan hisab

Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.'




"Ya Allah masukkan aku didalam golongan hamba-hambaMu yang istiqamah mengerjakan Tahajjud"...amin ya Robb...

Saturday, June 7, 2008

TITIK FENOMENA...


Fikiranku melayang jauh merenungkan sesuatu ...


oh sahabat... mungkinkah mu dibayangan ...


melewati didalam diri tidak berhenti jua titik fenomena ...


tidak berhenti jua berkali terjadi...


Ada serisi yang menguris ...selama berdiam diri...


Hati memendam di dalam bagaikan api didalam sekam...


Masih ada keraguan meniti persoalan walau cuba dibajai ...


namun masih ada...


yang berkeluh kesah...


setulusnya hati ini megulirnya silaturrahim...


senyum merantai kerinduan simfoni..


syahdu menjadi menjadi teman diri ...


kasih saudara jadi pudar warna ...


kerana hasutan semalam bisakah berlalu...pergi...


Kasih saudara...Mengapa perlu sengketa ???


Biarkan ia pergi....

Monday, June 2, 2008

UJIAN FATRAH IMTIHAN...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam...ana tidak tahu nak kata apa...sebab semuanya sudah berlaku dan berlalu begitu saja.

Tidak tahu lah kenapa..malam yang tenang ini yang ana pilih untuk mencoretkan isi hati dalam fasa imtihan kali ini...

Setiap ketika dan masa manusia akan diuji jika tidak dia bukan lah hambanya yang memerlukan tempat pengaduan...

Kali ini perasaan itu kembali lagi..saat-saat imtihan hampir dengan diri yang kerdil ini...

RINDU...perkataan yang cukup mashyur bagi perantau-perantau seperti diriku...yang paling tepat kita diuji dengan rindu pada mak dan ayah di kampung...biasanya jika bukan imtihan tidak lah seteruk itu rasa rindu tersebut...tapi datang imtihan beginilah biasanya...

Dalam fasa imtihan ini juga,yang paling biasa perasaan kita akan berubah kepada baik kepada tiada ‘mood’ rasa nak marah,tension,geram,risau dan seumpamanya...

Itu sudah sinonim dengan diri kita yang akan menempuh imtihan diperantauan tapi bagaimanakah jika kita diuji dengan rasa kasihkan atau sayangkan seorang sahabat sehingga menganggu konsentrasi ‘study’ kita???

Diri bertanya pada hati :mengapa dengan kamu???

Hati berkata :entahlah ana tidak pernah begini...kadang-kadangana rasa terseksa ...sengsara ...yang paling sedih kadang-kadang ana sedang menghafal Al-Quran perasaan itu datang dan menganggu tumpuan ana ...rasa nak menangis pedihnya...

Diri:lazimi istiqfar...Insya-Allah ...tenang...

Hati berkata lagi:mungkin ini ujian untuk ana dalam fasa imtihan ini..

Diri:Terimalahdengan hati yang terbuka ..mungkin disitu ada hikmah...

Kadang-kadang sedang menghafal sesuatu fakta kita jadi teringat-ingatkan sahabat kita...jika boleh kita hendak sentiasa bersamanya walau dimana kita berada agar kita tidaklah hendak teringat dia sahaja...

Adakah patut kita pergi kepadanya dan meluahkan segalanya kepada dia...sedangkan sahabat kita pun hendak imtihan ???

Ana saja tinggalkan soalan tanpa jawapan untuk sahabat yang tengah ‘relestantion’ tu.Ana rasa jawapannya ada pada setiap individu ...apa pendapat anda???