- Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ; jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
- Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
- Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
- Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
shuhairanysufie
Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan(menghijab)doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, September 27, 2010
Salam Aidilfitri
Aidilfitri sudah masuk pertengahan Syawal tetapi hati ini meronta-ronta untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI pada semua Umat Islam di seluruh dunia. Walaupun masa tidak mengizinkan untuk menulis pada awal aidilfitri tapi terasa jemari ini ingin melontarkan salam aidilfitri buat sahabat-sahabat seperjuangan di ardidul kinanah..maaf hari ini baru berkesempatan untuk menulis. Walhal apa pun bumi Cairo tetap mengamit hati walaupun banyak tugas yang perlu dilunaskan di tanah air. Moga sahabat-sahabat pimpinan terus mengorak langkah demi Islam tercinta.
p/s : Moga berlalu ramadhan dan menjelma Aidilfitri dan juga hari-hari mendatang membawa perubahan yang lebih baik dari masa-masa yang telah berlalu.Aminn..
Air Mata Tidak Selamanya Abadi
Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.
p/s : Kehidupan adalah ujian
Rujukan : I LoveIslam
Monday, August 30, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Kita boneka atau manusia...muhasabahlah.
Bertaubatlah wahai diri belum tentu akan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Jangan sia-siakan walaupun sibuk dengan tugasan dan kerja kerana Rasulullah adalah manusia yang paling sibuk. Walaupun ketua umat Islam tapi masih mampu menunaikan Ibadah pada waktu malam.
Contohilah Rasulullah SAW kerana Al-Quran mengiktirafnya Qudwah Hasanah. Walaupun baginda ma'sum tapi masih memohon ampun pada Allah Taala . Bagaimana dengan kita hamba yang banyak dinodai dosa setiap hari...Muhasabahlah...Sedarlah kita hanya mengumpul bekal di dunia...bukan untuk memilikinya kekal
Teringat sebahagian lirik lagu ini......hayatilah, kita banyak terleka dengan dunia yang menipu...
Pulanglah pad Tuhan...Cahaya kehidupan ...
Syarat bahagia dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah...
Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya...
di kejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari..
TanpaIman dalam hati kita kan dikuasai...
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi...
Keimanan ,Ketaqwaan senjata yang utama.
Dengan berbaki bulan Ramadhan ini manfaatkan sebaik mungkin. Cekalkan hati dalam mendidik nafsu kita. Moga Allah membantu dalam segenap niat baik kita. Moga ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kebaikan untuk diri dan keluargaku. Aminn...