- Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ; jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
- Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
- Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
- Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan(menghijab)doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, September 27, 2010
Salam Aidilfitri
Aidilfitri sudah masuk pertengahan Syawal tetapi hati ini meronta-ronta untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI pada semua Umat Islam di seluruh dunia. Walaupun masa tidak mengizinkan untuk menulis pada awal aidilfitri tapi terasa jemari ini ingin melontarkan salam aidilfitri buat sahabat-sahabat seperjuangan di ardidul kinanah..maaf hari ini baru berkesempatan untuk menulis. Walhal apa pun bumi Cairo tetap mengamit hati walaupun banyak tugas yang perlu dilunaskan di tanah air. Moga sahabat-sahabat pimpinan terus mengorak langkah demi Islam tercinta.
p/s : Moga berlalu ramadhan dan menjelma Aidilfitri dan juga hari-hari mendatang membawa perubahan yang lebih baik dari masa-masa yang telah berlalu.Aminn..
Air Mata Tidak Selamanya Abadi
Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.
p/s : Kehidupan adalah ujian
Rujukan : I LoveIslam
Monday, August 30, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Kita boneka atau manusia...muhasabahlah.
Bertaubatlah wahai diri belum tentu akan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Jangan sia-siakan walaupun sibuk dengan tugasan dan kerja kerana Rasulullah adalah manusia yang paling sibuk. Walaupun ketua umat Islam tapi masih mampu menunaikan Ibadah pada waktu malam.
Contohilah Rasulullah SAW kerana Al-Quran mengiktirafnya Qudwah Hasanah. Walaupun baginda ma'sum tapi masih memohon ampun pada Allah Taala . Bagaimana dengan kita hamba yang banyak dinodai dosa setiap hari...Muhasabahlah...Sedarlah kita hanya mengumpul bekal di dunia...bukan untuk memilikinya kekal
Teringat sebahagian lirik lagu ini......hayatilah, kita banyak terleka dengan dunia yang menipu...
Pulanglah pad Tuhan...Cahaya kehidupan ...
Syarat bahagia dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah...
Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya...
di kejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari..
TanpaIman dalam hati kita kan dikuasai...
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi...
Keimanan ,Ketaqwaan senjata yang utama.
Dengan berbaki bulan Ramadhan ini manfaatkan sebaik mungkin. Cekalkan hati dalam mendidik nafsu kita. Moga Allah membantu dalam segenap niat baik kita. Moga ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kebaikan untuk diri dan keluargaku. Aminn...
Sunday, August 1, 2010
Alhamdulilah ...moga berkesempatan juga
Apa sekalipun ucapan jazakumullahhukhairan kathira jaza' untuk angah tersayang kerana 'support' kami balik berkumpul bersama keluarga. Jasamu tidak akan 'kami' bersama lupakan..doakan 'kami' juga berjaya dalam mencari kerjaya yang diredhaiNya...Amin..
Thursday, July 29, 2010
Ingatlah diri yang alpa lagi lalai bahawa kamu hampir dengan Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, sematkan dalam diri lima jenis racun dan lima jenis Penawarnya ....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya...
Ya Allah ...sampaikan aku dengan Ramadhan pada tahun ini...Ramadhan Kareem.
Monday, June 29, 2009
BERIKAN SENYUMAN PADA YANG BERHAK...
Buat sahabat dan khusus untuk diri ini.....
Senyuman ibarat perasaan batin yang membantu
mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman, ke mana jua kita pergi bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Dengan senyuman, tiada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi " -Hamka-
Di jalan ALLAH persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA lah juga telah menetapkan kita mngukir kenangan. persahabatan ini pasti terukir kasih sayang,moga persahabatan ini berkekalan untuk selama
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insan
Semalam kita jadi kawan.. Kerana kenangan silam.. Hari ini kita masih berkawan.. Kerana janji semalam.. Esok kita akan terus berkawan.. Kerana hari ini kita saling mendoakan.. Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan.. Kerana esok kita ada azam.. Tapi,andai esok tiada lagi.. Kita tetap kawan.. Kawan selamanya dalam kenangan...
Sunday, October 12, 2008
Muhasabah Bersama ...

Awwalan, fihazal yauum...ana ada masa untuk menulis post ...lebih kurang hampir dua bulan tidak menjenguk teratak yang sudah bersawang dan berhabuk ini...tapi ada yang ingin ana cuit hati kita bersama...
Adakah Bulan Ramadhan yang baru ditinggalkan...betul-betul dikecapi nikmatnya atau hanya umpama angin lalu yang menyapa???
Adakah amalan kita bertambah atau masih kurang,masih ditakuk lama...bagaimana dengan qiamulailku,ibadahku,akhlakku dan aspek yang lain???
Ya Allah, masih adakah ghafarMu? Aku dambakan setitis cuma,setitis ghafar itu sudah cukup ubati luka, setitis itu cukup,umpama salji memadam panas api dosa, setitis itu embun menjalar meratai luka parah ditusuk dosa bila parah aku kecewa apabila sembuh aku lukai lagi dengan bilah-bilah noda dosa. Al-Ghafur, aku tiada daya jatuh dan bangun.Ada tikanya pula aku biarkan jatuh dan tidak mahu bangun... Laa ilaaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin.
Jika benar banyak yang baik dari sebelumnya...Alhamdulillah.Jika tidak, bermunajatlah bertaubatlah bermuhasabahlah wahai diri kerana kita semakin hampir dengan kematian...ajal yang tidak tahu bila...hanya dia Yang Maha Mengetahui...Segalanya...
Sunday, August 17, 2008
TANDA BENAR SYARIAT...
1) Benar-benar kenali Allah

2) Benar-benar jaga perintah Allah
3) Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw
4) Selalu berwudhu'
5) Redha menerima qadha dan qadar Allah
6) Yakin dengan janji Allah
7) Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk
8) Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan
9) Rajin dalam beribadah
10) Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah
11) Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda
12) Sedar syaitan musuh utama
-Moga kita tergolong mereka..muhasabah kembali diri kita , jom..Insya Allah
Thursday, August 14, 2008
HARAPAN HANYA PADAMU...
Friday, August 1, 2008
SALAM ISRA ' MI'RAJ

Thursday, July 24, 2008
CARILAH ILMU...GALILAH ILMU...

Saturday, June 21, 2008
Hadapi Kawan Dan Lawan Dengan Wajah Tenang...
Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenangSeorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:
1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.
4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.
5. Jangan bersikap pura-pura.
6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan.
7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.
8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.
11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.
12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
TIDUR MENGINGATKAN MATI....
APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat.
Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk memulihkan tenaga.Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.
Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.
Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.
Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.
Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.
Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.
Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.
Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.
Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.
Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdayakannya. Tiga perkara itu ialah:
i. keinginan untuk makan
ii. keinginan terhadap perempuan
iii. keinginan untuk tidur
Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.
ISLAM SUBUR DI HONGKONG...
HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia.
HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia. Penduduknya yang kira-kira tujuh juta orang menganuti pelbagai agama, namun mereka mengamalkan semangat toleransi, sekali gus memberikan kehidupan yang sejahtera, malah negara semakin berkembang maju.
Di negara itu agama adalah sebahagian daripada ciri kebudayaan. Penduduknya bebas memilih agama kerana jaminan kebebasan beragama sebagai satu hak asasi dilindungi di sisi undang-undang.Justeru, ada penduduknya menganuti Buddha, Tao, Kung fu-Tze, Kristian, Hindu, Sikh, Judai dan tidak ketinggalan Islam walaupun lokasinya jauh dari Timur Tengah.
Setiap kumpulan agama berkenaan mempunyai kemudahan ibadat bagi membolehkan pengikutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing, malah ada di antara mereka terutama yang berpengaruh turut mengasaskan sekolah dan kemudahan sosial.Di negara itu, agama paling berpengaruh ialah Buddha dan Tao, dengan bilangan pengikut paling besar, malah dikatakan ada kira-kira 600 hingga 700 rumah ibadat bagi kumpulan agama terbabit.
Walaupun sudah lama bertapak, Islam masih dianggap agama minoriti dan hari ini dianggarkan 80,000 hingga 90,000 Muslim di negara itu.Generasi pertama penduduk Muslim di negara itu sukar dikesan, tetapi yang ketara masyarakat Islam mula bertapak sejak Hong Kong ditadbir British pada pertengahan kurun ke-19. Tentera British membawa masuk tentera Muslim dari India, malah peniaga beragama Islam turut datang sehingga satu peringkat terbentuk satu masyarakat, membuatkan kerajaan memperuntukkan kawasan bagi pembinaan masjid dan tanah perkuburan.
Dari tahun ke tahun, lebih ramai Muslim memasuki Hong Kong dan menetap di sana termasuk dari kalangan masyarakat Muslim dari tanah besar, China.Oleh itu, hari ini majoriti Muslim di Hong Kong adalah dari etnik Cina, manakala selebihnya bangsa dari Pakistan, India, Timur Tengah, negara dari Afrika, Indonesia dan Malaysia yang bekerja di sana.Di celah pembangunan kota dan kemajmukan penduduknya, masyarakat Islam dapat menjalani kehidupan seperti golongan lain, malah melakukan amal ibadat harian di masjid yang dibangunkan.Masyarakat Islam lazimnya tertumpu di kota utama, seperti Kowloon.
Pada masa ini terdapat empat masjid utama yang cukup terkenal membabitkan Masjid Shelley Street, iaitu masjid tertua, dipercayai dibina pada 1840-an dan dibina semula pada 1915. Kemudian, Pusat Islam dan Masjid Kowloon di Nathan Road yang dibuka pada 1984, Masjid dan Pusat Islam Oi Kwan Road di Wan Cai, dibuka pada September 1981 yang dapat menampung 700 jemaah dan Makam Muslim Cape Collinson yang juga mempunyai sebuah masjid.
Pengurusan masjid dan perkuburan di negara itu diuruskan Badan Pemegang Amanah Dana Masyarakat Islam, yang mentadbir aktiviti keagamaan dan hal ehwal berkaitan masyarakat Islam.Beberapa pertubuhan terbabit dalam jawatankuasa itu seperti Kesatuan Islam Hong Kong, Persekutuan Muslim Pakistan dan India serta Persekutuan Dawoodi Bohra.Di negara itu juga wujud pelbagai pertubuhan Islam yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat seperti bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, malah kepada kanak-kanak tadika.
INFOMasjid dan Pusat Islam Kowloon.Terletak di selekoh Nathan Road dan Haiphong Road berdekatan Kowloon Park, antara masjid tumpuan utama masyarakat Islam. Ia dapat memuatkan sehingga 2,000 jemaah dan digunakan dalam pelbagai kegiatan ibadat dan keagamaan. Dulu, ia dibina untuk kegunaan tentera Muslim dari India oleh tentera British yang berpejabat di Whitfield Barracks, berdekatan Kowloon Park. Masjid itu rosak pada akhir 1970-an dan sebuah masjid baru dibina pada 1984 menggantikan masjid lama.
Reka bentuk bangunan masjid itu adalah hasil sentuhan arkitek I M Kadri. Ia mempunyai kubah dan menara setinggi 11 meter, dihiasai batu marmar, tiga dewan solat dan sebuah dewan serba guna, klinik kesihatan dan perpustakaan. Dewan solat utama di lantai pertama dapat memuatkan sehingga 1,000 jemaah, manakala di tingkat atas dewan solat lebih kecil bagi wanita.
Saturday, June 14, 2008
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah...Tidak membantah... malah mentaatinya...
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah ...
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara...
Segala amalan dijaga hanya kerana yang Esa...
Kasih pada yang muda ...
Sayang pada ibu ayah...dan juga keluarga ...
Hidupnya rajin berusaha...
Tidak pernah berputus asa ...
Dialam kehidupan penuh pancaroba ...
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah...

Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah ...
Hormat –menghormati sesama insan berbudi ...
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi ...
Itulah diantara sifat anak –anak yang soleh ...
Wednesday, June 11, 2008
Redha Allah dan Redha Ibubapa...

Adakah anda sudah mendapat
jawapannya??? Jangan biarkan diri diganggu dengan perasaan tersebut !!!
Mungkin terselit hikmah yang tidak kita ketahui...Dirakam didalam Al-Quran;diwajibkan atas kamu berperang,tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(ayat216)
Terimalah ujian buat diri yang kerdil sebagai hambaNya .Hanya kepada Yang Maha Esa kita berserah diri ...bermunajat ..berdoa ...dan sepatutnya cinta dan kasih sayang kita kepada manusia tidak boleh melebihi kasih sayang dan rindu kita kepada Allah Taala...dan Rasullulah saw...dan kemudian yang patut mendapat kasih sayang kita adalah ibubapa kita ..sayangilah dan rinduilah mereka kerana itu menjadi menjadi ibadah kita dalam mencari ilmu.
Jika kita sayang dan mencintai mereka akan membawa ke syurga ...menyayangi sahabat dan teman memang dituntut tetapi biarlah berpada-pada dan kerananya juga tidak merosakkan cinta kita kepadaNya yang lebih berhak kita cintai....bukan sehingga merosakkan perjuangan kita untuk mencari mardathillah....tetapi kasihkan sahabat kerana Allah Taala dan membawa kepada redha Allah bukan kemurkaannya.
Ada tujuh golongan yang mendapat perhatian dan naugan Allah Taala diakhirat kelak...salah satunya dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah Taala.
Cinta yang kekal abadi dan cinta yang satu dan kita tenang jika hati kita mengadu kepadanya...jika mempunyai masalah ...kadang-kadang manusia merasa masalah diri kita remeh tetapi Allah mengetahui bagaimana perasaan hambanya..kerana Allah Taala yang paling memahami dan menyayangi diri kita...jadi jawapan kepada masalah diatas adalah Allah swt...sahaja ...hanya orang yang benar-benar beriman sahaja...akan merasainya.
Jangan dilayan perasaan yang bukan –bukan itu ...ia akan memakan diri anda sendiri dan menhancurkan anda...tetapi apa punca yang sebenarnya sehingga diri terganggu sebegitu???
Sebenarnya ada banyak yang kita boleh andaikan mengapa jadi begini ...Cuba kita renungkan firman Allah "Jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana ia adalah musuhmu yang nyata"...waktu imtihan inilah masanya untuk ‘mereka’mengganggu perasaaan kita .mereka akan membisikan perkara-perkara yang kita suka tetapi membawa kepada kemusnahan hidup...Dan yang membisikkan kata-kata itu bukan ‘mereka’ yang biasa-biasa tetapi yang pangkat’ tinggi-tinggi .’
Jadi jangan kita melayan perasaan kerana ia akan merosakkan hati dan perasaan juga fikiran kita dan membuatkan kita sebagai penuntut ilmu terganggu pelajaran dan merosotkan prestasi pelajaran kita ...’mereka’ hendak melihat kita tewas dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah...
Dari segi psikologi kita perlu meluahkan perasaan yang terpendam di hati cuma satu yang perlu kita tanggung jika kita yang akan menderita jika tiada jawapan yang memuaskan hati tetapi jika mengikut jalan yang betul pasti di sana ada jawapan yang memuaskan hati dan fikiran ...
Dengan bertanya dengan penuh berhikmah dan pertanyaan itu tidak memberi salah faham juga ketidak puasaan hati pada kedua-dua pihak ...’husnu zon’berbaik sangka itu lah jawapan yang paling baik dan 'afdhal' bagi orang yang bersaudara sesama muslim...
Insya-Allah..doakan kita najah imtihan dunia dan akhirat kerana apa yang kita lakukan ada balasannya walaupun sebesar zarah...Itu janji Allah pada hamba-hambanya didalam al-Quran...
Cuma ia terletak pada diri individu tersebut bagaimana untuk menyelesaikannya dan pastikan diri kita menyelesaikannya dengan cara yang paling baik ...kerana setiap masalah ada jalannya...yang penting ukhwah itu dihati ...kebahagiaan itu adalah suatu ketenangan .. hanya dengan mengingati Allah kerana Dia Pencipta Rindu dan kasih sayang .
Ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang kerana ia yang kekal abadi... Yakinlah Allah tidak akan membiarkan hambanya bersendirian ...apatah lagi hambanya yang sentiasa bermunajat kepadaNya dan mengadu kepadaNya ...
Kepada diri jadilah hamba yang sentiasa mencari keredhaan Allah swt dan keredhaan ibu bapa kerana keredhaan ibu bapa adalah keredhaanNya...kerana tiada erti hidup ini tanpa redha Allah swt...SALAM MANGSI UNTUK SEMUA...
Renungkanlah...kata-kata ini...
Biar apapun yang menanti ...
Kutetap teguh berdiri...
Dalam satu perjuangan ...
Yang tidak berkesudahan...
Sunday, June 8, 2008
UBAT SEGALA PENYAKIT....

Saturday, June 7, 2008
TITIK FENOMENA...

oh sahabat... mungkinkah mu dibayangan ...
melewati didalam diri tidak berhenti jua titik fenomena ...
tidak berhenti jua berkali terjadi...
Ada serisi yang menguris ...selama berdiam diri...
Hati memendam di dalam bagaikan api didalam sekam...
Masih ada keraguan meniti persoalan walau cuba dibajai ...
namun masih ada...
setulusnya hati ini megulirnya silaturrahim...
senyum merantai kerinduan simfoni..
syahdu menjadi menjadi teman diri ...
kasih saudara jadi pudar warna ...
kerana hasutan semalam bisakah berlalu...pergi...
Kasih saudara...Mengapa perlu sengketa ???
Biarkan ia pergi....
