Sunday, December 2, 2007

Maha Suci ALLAH...


Andai setiap kali mentari tenggelam diufuk barat,dan terbit semula diufuk timur,pastinya ada sesuatu yang menyentuh rasa,yang menyaksikan pertukaran siang dan malam.
Yang mengingatkan manusia kepantasan waktu yang berlalu,yang menandakan kebesaran-Nya yang Maha Agung....
Dan setiap kali munculnya fajar baru di balik celah tingkap,dan mampirnya cahaya pagiyang menerangi bumi,pastinya ada sesuatu yang menyirnakan hati yang membenihkan keinsafan
Yang membuktikan perjalanan kehidupan ini berpaksikan putaran yang telah ditentukan olehYang Maha Khaliq.....Maha Suci Allah...

Saturday, December 1, 2007


Tidak lagi kudengar suara azan..
Tidak lagi kudengar bunyi burung..
Tidak lagi kurasa sejuk air dikali...
KINI...
Yang aku dengar deruman kereta..
Yang kudengar hanya gonggongan anjing..
Hanya sejuk angin yang bertiup ...
Meresap ketulang hitam...
Kubertanya kepada diri,
Bolehkah aku hidup dibumi asing ini?
Kerana segala-galanya bermula di sini...
Masyarakat?...
Ahh...sudah tiada maruah dan lupa diri...
Makanan?...
Ahhh...tidak tentu halal haramnya
Budaya?....
Ahh...sudah kembali kealam jahiliyah dan boleh mengugat keimanan...
TAPI...
Bumi asing ini milik ALLAH s.w.t..
Tidak mustahil untuk diidami..
Yang penting..
Mengharapkan keredhaan-Nya...
Mengingatinya ketika susah dan senang...
Tidak lupa siapa diri kita..
Tanggungjawab kita..
Matlamat utama kita...
Agar perjalanan hidup kita..
Tidak lari dari landasannya...
TEMAN...
Madu dan racun didepan mata...
Pilihlah...
Agar di dunia akhirat merasa bahagia..........AMIN...

Sunday, November 25, 2007

Hakikat...Cinta...


Adapun kecintaan kita kepada anak dan isteri serta keluarga adalah hasil cinta kita kepada ALLAH S.W.T sebagai amanat daripadaNya.
Orangyang menghubungkan dirinya dengan cinta ALLAH S.W.T,maka orang itu mempunyai peribadi yang paling kukuh,peribadi yang paling besar CINTA kita hendaklah didasarkan kepada cinta ALLAH S.W.T.Baik cinta kita kepada anak isteri dan sebagai nya.
Kerana kalau kita cinta kepada ALLAH TAALA kemudian kita menikahinya,maka segala pekerjaan yang kita kerjakandengan pasangan hidup kita itu akan dihitung ibadah...
Alhamdulillah...syukur akhirnya dapat juga disiapkan ....moga artikel ini dapat dijadikan peringatan bagi ana utamanya....

Saturday, October 27, 2007

Sibuk... sibuk...sibuk....



Salam kemaafan dihari lebaran...
Maaf... maaf...maaf...zahir &batin .
Maaf banyak2 sebab sudah lama sangat tidak mencoretkan sesuatu di laman blog ana ini.janji nak siapkan tajuk Cinta Hakiki Insya-Allah,akan disiapkan juga tapi ana tidak berani nak janji .
Umpama rimbunan pokok, begitulah keadaan sibuknya ana dalam 'fatrah' hampir Imtihan&perjuagan dalam menegakkan Agama Ilahi...

Sunday, August 19, 2007

Hakikat Cinta Siri 2...

Bertemu sekali lagi dalam...hakikat cinta sambungan siri pertama...
Ramai pemuda yang memahami pengertian ini.Dia mengharap menerima sesuatu dari cinta itu,padahal seharusanya diayang memberi kalau sebenar-benarnya ia cinta.

Kalau kita sudah merasakan nikmat memberikan sesuatu kepada seseorang tandanya sudah ada hubungan cinta kita dengannya:cth sahabat karib kita.

Mencintai seseorang haruslah sanggup dan bersedia berkorban terlebih dahulu dan beerti harus mengurangi apa yang kita miliki. Kerana itu,manusia tidak mungkin mempunyai cinta yang murni.

Akan tetapi Allah tdk pernah merasa rugi dgn memberi terus-menerus kpd kita dan seluruh makhluk-Nya.Justeru,itulah cinta yang murni hanya akan dapat diperolehi dari Allah S.W.T.Kalau cinta Allah kita gambarkan sebagai cahaya,maka tingkatan manusia yang paling tinggi ialah bila hatinya seperti cermin yang membiaskan seluruh cahaya yang datangnya dari cahaya cinta Allah yang dipancarkan kepadanya.

Firman Allah:"Mereka itu dicintai Allah,kerana mereka cinta kepada-Nya".
(Al-Mai'dah:ayat 54)

Cinta yang merupakan bukti daripada kecintaan kita kpd Allah adalah cinta hakiki atau cinta abadi,yang tidak pernah akan padam kerana sumbernya puntidak pernah padam.Itulah cinta Allah kepada makhluk-Nya...


Insya-Allah,untuk siri ketiga atau akhir nantikan minggu hadapan...