Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan(menghijab)doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim.
"Manusia Lahir disambut dengan AZAN..Manusia Mati disudahi dengan SOLAT..Betapa singkatnya Masa..Manusia HIDUP antara Azan dan Solat...
Monday, August 30, 2010
Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..wahai JIWA yang hitam dan berkarat..perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..kembalilah ke pangkal jalan..sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::
Tuesday, August 24, 2010
Kita boneka atau manusia...muhasabahlah.
Bertaubatlah wahai diri belum tentu akan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Jangan sia-siakan walaupun sibuk dengan tugasan dan kerja kerana Rasulullah adalah manusia yang paling sibuk. Walaupun ketua umat Islam tapi masih mampu menunaikan Ibadah pada waktu malam.
Contohilah Rasulullah SAW kerana Al-Quran mengiktirafnya Qudwah Hasanah. Walaupun baginda ma'sum tapi masih memohon ampun pada Allah Taala . Bagaimana dengan kita hamba yang banyak dinodai dosa setiap hari...Muhasabahlah...Sedarlah kita hanya mengumpul bekal di dunia...bukan untuk memilikinya kekal
Teringat sebahagian lirik lagu ini......hayatilah, kita banyak terleka dengan dunia yang menipu...
Pulanglah pad Tuhan...Cahaya kehidupan ...
Syarat bahagia dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah...
Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya...
di kejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari..
TanpaIman dalam hati kita kan dikuasai...
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi...
Keimanan ,Ketaqwaan senjata yang utama.
Dengan berbaki bulan Ramadhan ini manfaatkan sebaik mungkin. Cekalkan hati dalam mendidik nafsu kita. Moga Allah membantu dalam segenap niat baik kita. Moga ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kebaikan untuk diri dan keluargaku. Aminn...
Sunday, August 1, 2010
Alhamdulilah ...moga berkesempatan juga
Alhamdulilah..segala puji dan syukur kepada Allah yang Maha Esa.Selawat salam dan junjungan buat Nabi Muhammad saw...Alhamdulilah berkesempatan berkumpul bersama keluarga tercinta..mohonlah segala permintaan padaNya yang mengetahui segala pengaduan..pasti ia akan mengabulkan selagi hambaNya terus berharap kepadaNya moga berkesempatan juga merasai nikmat di bulan Ramadhan Al-Mubarak setelah bulan Sya'aban melambai pergi...
Apa sekalipun ucapan jazakumullahhukhairan kathira jaza' untuk angah tersayang kerana 'support' kami balik berkumpul bersama keluarga. Jasamu tidak akan 'kami' bersama lupakan..doakan 'kami' juga berjaya dalam mencari kerjaya yang diredhaiNya...Amin..
Apa sekalipun ucapan jazakumullahhukhairan kathira jaza' untuk angah tersayang kerana 'support' kami balik berkumpul bersama keluarga. Jasamu tidak akan 'kami' bersama lupakan..doakan 'kami' juga berjaya dalam mencari kerjaya yang diredhaiNya...Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)