Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan memisahkan kamu dengan iman, Janganlah kamu berburuk sangka dengan Allah kerana ia akan memahjubkan(menghijab)doamu dari di makbulkan Allah, Janganlah kamu bercakap tentang perkara yang tidak memberi faedah kerana ia akan menjadikan kamu hina pada pandangan Allah, Janganlah kamu melakukan kezaliman terhadap satu pun dari makhluk Allah kerana syurga tidak dicipta buat orang-orang yang zalim.
"Manusia Lahir disambut dengan AZAN..Manusia Mati disudahi dengan SOLAT..Betapa singkatnya Masa..Manusia HIDUP antara Azan dan Solat...
Monday, August 30, 2010
Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..wahai JIWA yang hitam dan berkarat..perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..kembalilah ke pangkal jalan..sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment