Tuesday, August 24, 2010

Kita boneka atau manusia...muhasabahlah.

Terdetik diminda apabila banyak gejala yang tidak sepatutnya berlaku. Kita bukan boneka yang mudah dipermainkan oleh sesiapa tetapi umat yang dirindui Nabi Muhammad saw. Apa jalan penyelesaian selain agama yang di bawakan oleh Rasulullah saw? Tiada jalan lain melainkan kembalilah pada Allah swt tuhan semesta alam.

Bertaubatlah wahai diri belum tentu akan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Jangan sia-siakan walaupun sibuk dengan tugasan dan kerja kerana Rasulullah adalah manusia yang paling sibuk. Walaupun ketua umat Islam tapi masih mampu menunaikan Ibadah pada waktu malam.

Contohilah Rasulullah SAW kerana Al-Quran mengiktirafnya Qudwah Hasanah. Walaupun baginda ma'sum tapi masih memohon ampun pada Allah Taala . Bagaimana dengan kita hamba yang banyak dinodai dosa setiap hari...Muhasabahlah...Sedarlah kita hanya mengumpul bekal di dunia...bukan untuk memilikinya kekal
Teringat sebahagian lirik lagu ini......hayatilah, kita banyak terleka dengan dunia yang menipu...

Pulanglah pad Tuhan...Cahaya kehidupan ...
Syarat bahagia dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah...
Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya...
di kejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari..

TanpaIman dalam hati kita kan dikuasai...
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi...
Keimanan ,Ketaqwaan senjata yang utama.

Dengan berbaki bulan Ramadhan ini manfaatkan sebaik mungkin. Cekalkan hati dalam mendidik nafsu kita. Moga Allah membantu dalam segenap niat baik kita. Moga ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kebaikan untuk diri dan keluargaku. Aminn...

No comments: